• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Adun Beserah Meninggal Dunia Akibat Angin Ahmar

oleh Ahmad Albab
12/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah Datuk Faisal Abdullah, 70, meninggal dunia akibat angin ahmar di sebuah hospital swasta di sini, kira-kira pukul 11.45 malam tadi.

Anak sulungnya Ahmad Fadzilan, 40, berkata arwah dimasukkan ke hospital itu sejak sembilan hari lalu selepas keadaan kesihatannya merosot selepas pulang daripada rawatan dialisis.

“Ayah memang menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang serta ada sejarah angin ahmar.

“Ayah ditahan di hospital selepas kami membawanya untuk pemeriksaan kerana muntah-muntah selepas melakukan dialisis,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Masjid Medan Tok Sira di sini, hari ini.

Ahmad Fadzilan menambah jenazah ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di sini, sebelum solat Zuhur hari ini.

Turut menziarah jenazah ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, barisan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan bekas menteri besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Faisal yang dilahirkan di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu meninggalkan isteri Datin Maimunah Sulong, 65, lima orang anak termasuk sepasang kembar dan lapan cucu.

Beliau merupakan ADUN Beserah selama sepenggal dari 2004 hingga 2008 dan pernah menjawat jawatan Setiausaha Kerja UMNO Pahang semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Besar Pahang pada 1982 hingga 1986.

Faisal juga pernah berkhidmat sebagai wartawan sambilan di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Berita Harian daripada tahun 1971 hingga 1978. – BERNAMA

Tags: bekas ADUNmeninggal dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd