• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

oleh Ahmad Albab
12/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan kekurangan permintaan belian untuk unit tempatan itu, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan susut kepada 4.1500/1530 berbanding dolar US daripada 4.1435/1465 pada Jumaat.

Pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa kerana cuti gantian sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan disusuli cuti Awal Muharam.

Peniaga berkata permintaan yang rendah terhadap ringgit disebabkan pengukuhan dolar US, dan pasaran sedang pesat membangun terus menghadapi ketidakstabilan ekonomi.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0149/0173 daripada 3.0139/0163 pada Jumaat dan naik berbanding yen kepada 3.7200/7237 daripada 3.7406/7444.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.8119/8171 daripada 4.8210/8257 dan susut berbanding pound British kepada 5.4025/4068 daripada 5.3725/3768. – BERNAMA

Tags: dolar USRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Nilai ringgit dilihat kembali menunjukkan trend penyusutan yang lebih ketara berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)...

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Nilai mata wang tempatan, ringgit Malaysia, dilihat kembali melemah apabila didagangkan sekitar RM4.03 berbanding dolar Amerika Syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd