• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Guru Rugi RM317,500 Ditipu Sindiket Macau Scam

oleh
11/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Seorang pesara guru kerugian RM317,500 apabila menjadi mangsa kepada sindiket Macau Scam selepas mengeluarkan wang simpanannya dan kemudian mendepositkannya ke dalam akaun pihak yang tidak dikenali, Selasa lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt KS Mender Singh berkata wanita berumur 60 tahun itu ditipu setelah menerima panggilan daripada seorang lelaki pada kira-kira 10.30 pagi yang menyamar sebagai kakitangan mahkamah.

Beliau berkata panggilan berkenaan kemudiannya disambungkan kepada pihak polis bagi meyakinkan mangsa bahawa dia mempunyai kesalahan yang perlu tindakan segera untuk diselesaikan.

“Suspek menyatakan bahawa mangsa mempunyai tunggakan kad kredit dan dalam masa yang sama, kad kredit terbabit digunakan oleh individu lain untuk melakukan jenayah.

Mangsa terkejut apabila dia disyaki terlibat sama dengan urusan pengedaran dadah dan kad kredit terbabit juga terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mender Singh berkata mangsa yang takut dengan tuduhan tersebut terus mengikut segala arahan suspek dengan memberikan butiran akaun bank miliknya kepada suspek yang ‘kononnya’ diperlukan bagi siasatan lanjut dalam kedua-dua kes berkenaan.

“Mangsa diarahkan untuk melakukan deposit tunai sebanyak RM317,500 dan wangnya akan dikembalikan sebaik siasatan selesai, yang dikatakan tidak sampai tempoh 30 minit.

Mangsa akhirnya menyedari ditipu apabila tidak menerima semula wangnya seperti dijanjikan dalam tempoh 30 minit selain gagal menghubungi nombor telefon suspek,” katanya.

Beliau berkata mangsa kemudian membuat laporan polis dibuat di Balai Polis Batu Pahat dan polis kini sedang mengesan suspek yang dipercayai turut terlibat dalam beberapa kes sama sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Mender Singh berkata pihaknya kini giat membanteras kegiatan judi di daerah ini dan sudah melakukan 27 serbuan pada minggu lepas.

Beliau berkata pihaknya menahan 27 individu yang terlibat dalam kegiatan itu selain wang tunai RM3,333 dan peralatan yang digunakan termasuk sebuah tablet untuk kegiatan judi dalam talian.

“Pihak polis kini turut mengadakan kerjasama dengan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) bagi mengesan pemilik premis yang digunakan dalam aktiviti perjudian ini bagi merakamkan percakapan.

Kami juga menasihati pemilik premis agar tidak menyewakan kedai mereka kepada kegiatan yang menyalahi undang-undang, termasuklah judi. Sekiranya mereka (pemilik premis) mengetahuinya dan tiada laporan polis dilakukan, mereka juga akan menerima tindakan undang-undang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Macau Scam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Taktik menjanjikan pulangan lumayan akhirnya memakan diri apabila sekumpulan pelabur warga asing kerugian lebih RM31 juta selepas...

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd