• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukma: Melaka Cemerlang Kutip 3 Emas Di Gelanggang Wushu

oleh
11/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kontinjen Melaka membuka tirai Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 di Perak dengan cemerlang apabila merangkul tiga emas daripada keseluruhan lima pingat yang dipertandingkan hari ini di gelanggang wushu yang berlangsung di Dewan Kolej Matrikulasi Gopeng.

Atlet berusia 16 tahun dari Malim, Melaka, Si Shin Peng menjadi penerima pingat emas pertama temasya Sukma 2018 apabila muncul peserta yang paling tinggi kutipan mata dalam kategori Jianshu Lelaki dengan 9.48 mata, diekori atlet Sarawak Elvic Bong Qian Zheng (9.40) untuk meraih perak dan gangsa menjadi milik atlet Terengganu, Mohamad Afiq Danial Mohd Firdaus Chua.

“Saya berjaya mengubati kekecewaan pada Sukma 2016 di Sarawak yang lalu apabila berjaya meraih pingat emas kali ini dan latihan selama enam bulan sebelum menyertai Sukma sangat membantu. Saya amat bangga dengan pencapaian ini,” katanya kepada pemberita selepas menamatkan aksinya hari ini.

Sementara itu, emas kedua Melaka pula hadir menerusi Tammy Hui Ling yang mempamerkan aksi memukau sehingga berjaya menambat hati juri untuk mengutip mata tertinggi dalam kategori Jianshu Wanita dengan 9.44 mata manakala atlet Sarawak Stephanie Ngu Chai Ern meraih perak (9.40) dan wakil Perlis Wong Kai Xin terpaksa berpuas hati dengan gangsa (9.34).

“Saya tidak menyangka akan menang pingat emas hari ini kerana senior saya turut bertanding dalam kategori itu… saya cuma lakukan yang terbaik dan kurangkan daripada melakukan kesilapan,” kata Tammy yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Tan Cheong Wan meneruskan aksi cemerlang kontinjen Melaka apabila merangkul emas dalam kategori Gunshu Lelaki setelah mengutip 9.58 mata meninggalkan atlet Pulau Pinang Muhammad Danish Aizad Mohd Firdaus Chua untuk pingat perak dengan 9.45 mata dan gangsa diraih atlet Sarawak, Clement Thian Fung Seng yang memungut 9.43 mata.

Dalam pada itu, Pengurus Pasukan Wushu Melaka Yong Kheng Chien menyuarakan keyakinan bahawa barisan atletnya mampu menyumbang sekurang-kurangnya dua lagi pingat emas buat kontinjen Melaka.

“Pencapaian hari ini sangat baik di mana semua atlet berjaya mempamerkan kualiti yang baik dalam persembahan mereka dan saya harap ia dapat dikekalkan sepanjang temasya ini,” katanya.

Gelanggang wushu menawarkan tujuh lagi pingat emas esok.

Sukma Perak 2018 yang akan dibuka secara rasmi malam ini akan berlangsung sehingga 22 Sept, dengan menawarkan 427 pingat emas melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah seluruh Perak. – BERNAMA

Tags: wushu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Menyayat Hati Atlet Wushu Indonesia Di Sukan SEA

05/12/2019
0

KASIHAN pulak mendengar kisah atlet wushi Indonesia bernama Edgar Xavier Marvelo ini. Ayahnya meninggal dunia beberapa jam sebelum dia bertanding...

Choon How Raih Pingat Emas Kedua Peribadi

02/12/2019
0

MANILA - Atlet wushu, Loh Choon How merakam kemenangan berganda apabila dia meraih pingat emas kedua peribadinya pada Sukan SEA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd