• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Abai Agama Untuk Penuhi Gaya Hidup

oleh
11/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Umat Islam diingatkan untuk tidak mengabaikan tuntutan agama hanya untuk memenuhi gaya hidup ciptaan manusia masa kini, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda bertitah ajaran Islam tidak boleh sesekali diabaikan walaupun atas nama kemajuan atau pemodenan, menyebabkan penting untuk semua pihak memperkukuhkan akidah masing-masing.

Selain itu, Tengku Abdullah juga mengingatkan kepimpinan kerajaan negeri Pahang untuk tegas menangani cubaan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memecahbelahkan atau memesongkan pegangan umat Islam.

“… ini kerana perpecahan akan berlaku apabila wujud pelbagai fahaman, ajaran dan falsafah yang boleh menggugat akidah umat,” titah baginda semasa berucap merasmikan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Pahang 2018 di Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad 1 di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis yang bertemakan ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Kerja Raya Anuar Tahir, dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pelajaran dan Kesihatan negeri Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Tengku Abdullah seterusnya menggesa umat Islam menghayati erti pengorbanan yang ditunjukkan Rasulullah SAW, golongan Muhajirin dan Ansar pada peristiwa Hijrah yang menjadi titik permulaan kepada kegemilangan Islam.

“Peristiwa hijrah mempunyai pengertian mendalam kepada umat Islam dan seharusnya mengajar kita untuk berani berhijrah bagi mencapai matlamat yang lebih baik.

“Amat jelas dalam menjayakan sesuatu, umat Islam harus bersedia melakukan pengorbanan tanpa berbelah bahagi selain memerlukan perpaduan sesama umat Islam,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah kesediaan masyarakat Muhajirin dan Ansar bersatu dan saling menerima antara satu sama lain juga perlu dijadikan iktibar umat pada masa kini. – BERNAMA

Tags: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Abdullah Sah Dimasyhurkan Sultan Pahang

12/01/2019
0

RASMI... Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah disahkkan bakal dilantik sebagai Sultan Pahang yang keenam bagi menggantikan ayahanda...

‘Daulat Tuanku!’ Cetus Spekulasi Sultan Pahang Baru

11/01/2019
0

DEBARAN... "Sama-sama," demikian reaksi spontan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada petugas media selepas menerima ucapan 'Tahniah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd