• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Selatan Haram Kopi Di Sekolah

oleh
11/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… Korea Selatan mengharamkan penjualan kopi di sekolah-sekolah di merata negara itu dalam usaha untuk cegah para pelajar daripada meminum terlalu banyak bahan kafeina.

Larangan itu dipetik media tempatan, bakal dikuatkuasakan di semua pekarangan sekolah dan ini bermakna setiap orang, termasuk guru, tidak akan dibenarkan daripada membeli minuman yang mengandungi unsur kafeina.

Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-Ubatan Korea Selatan berharap larangan tersebut akan dapat membantu kanak-kanak dalam mengamalkan tabiat pengambilan makanan yang lebih sihat dan berkhasiat.

Ini selepas ramai pelajar didapati meminum terlalu banyak minuman yang mengandungi kafeina semasa musim peperiksaan, dengan kanak-kanak kerap berdepan dengan tekanan akademik, kata seorang pegawai kementerian.

Bagaimanapun menurut media negara berkenaan, minuman lain dengan kandungan kafeina yang tinggi seperti produk minuman tenaga sebenarnya sudahpun lama diharamkan di sekolah-sekolah menengah di negara tersebut.

Stesen penyiaran CNN melaporkan bahawa tinjauan dijalankan pada 2012 ke atas lebih 5,400 pelajar menengah mendapati bahawa 19 peratus daripada mereka minum secawan atau lebih daripada secawan kopi setiap hari.

Baca: Raja Terakhir Korea Suka Makan Wafel, Minum Kopi

Juga: Aktor Terkenal Korea Jadi Duta Kopi Luwak Indonesia

Daripada jumlah tersebut, lebih separuh daripada mereka meminum minuman yang mengandungi kafeina untuk terus bertahan terutama ketika ulang kaji di luar persekolahan meskipun mereka tahu tentang bahaya kafeina.

“Pelajar sedar mengenai bahaya kafeina namun masih meminum minuman itu. Ini menunjukkan tidak cukup setakat didik mengenai bahaya ambil terlalu banyak kafeina bagi cegah daripada membahayakan diri sendiri.”

Hasil tinjauan itu disokong oleh Kim Sang-hee, seorang penggubal undang-undang daripada parti politik Minjoo, yang mengusulkan rang undang-undang bagi pengharamkan penjualan minuman yang mengandungi kafeina.

Usulan itu kini menjadi undang-undang dan ia akan dikuatkuasakan pada 14 September. Namun, para pengkritik menarik perhatian bahawa pelajar boleh beli kopi atau minuman lain di kedai yang terletak berhampiran sekolah.

Menurut kajian Akademi Pediatrik Amerika Syarikat, kafeina didapati ada kaitan dengan beberapa kesan berbahaya terhadap kesihatan kanak-kanak, termasuk ke atas sistem neurologi dan kardiovaskular mereka sendiri.

Penyelidik akademi tersebut menambah bahawa secara amnya, kanak-kanak memang harus diajar hindari daripada minuman yang banyak mengandungi kafeina, termasuk soda. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: kopiKorea Selatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

04/08/2025
0

SEOUL - Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd