• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Syria Gugur 60 Bom Tong

oleh Ahmad Albab
10/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAMSYIK – Rejim Presiden Bashar Al-Assad dan Rusia melancarkan serangan udara ke atas kubu kuat terakhir pemberontak Syria di wilayah Idlib, mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak terbunuh, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

Pengeboman di Idlib dan kawasan sekitarnya mema­suki hari kedua semalam selepas rundingan bagi menghentikan kemaraan tentera Syria yang dihadiri oleh wakil Rusia, Iran dan Turki di Teheran gagal.

SOHR yang berpangkalan di Britain menyatakan, sera­ngan berat disambung semula ke atas Idlib yang terletak dekat sempadan Turki sekitar tengah hari semalam.

“Helikopter-helikopter tentera Bashar menggugurkan lebih 60 bom tong berisi bahan letupan kuat dan serpihan logam tajam di Kampung Hobait, selatan Idlib yang membunuh sekurang-kurangnya seorang budak perempuan serta mencederakan enam yang lain,” kata ketua SOHR, Rami Abdel Rahman.

Di wilayah Hama yang berjiran dengan Idlib, jet-jet Rusia pula melancarkan lebih 10 serangan udara terhadap kedudukan pemberontak di Kampung Al-Latamneh, katanya.

Siri serangan udara itu mencederakan lima pejuang pemberontak dan mengakibatkan hospital bawah tanah di kampung tersebut rosak, sehari selepas serangan udara merosakkan kemudahan serupa di bandar Has, selatan Idlib.

Lebih separuh daripada Idlib dikuasai oleh Hayat Tahrir al-Sham (HTS), perikatan yang diketuai kumpulan militan pro-Al-Qaeda, manakala bakinya dikuasai pemberontak.

Rejim Bashar pula menawan sebahagian kawasan di tenggara Idlib.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa sebarang kempen ketenteraan di Idlib akan memaksa sehingga 800,000 orang meninggalkan kediaman mereka.

Kawasan dikuasai pembe­rontak di Idlib dan rantau sekitarnya didiami oleh hampir tiga juta orang dengan separuh daripada mereka merupakan pelarian dalam negara sendiri, kata PBB.

Lebih 350,000 orang maut dan berjuta-juta yang lain menjadi pelarian sejak perang saudara Syria bermula pada tahun 2011. – AFP/Kosmo Online

Tags: BomSyria
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd