• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wong Mulakan Tugas Sebagai Adun Balakong

oleh Ahmad Albab
09/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALAKONG – Baru sahaja diumumkan menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong semalam, Wong Siew Ki tanpa membuang masa mula membuat perancangan untuk menyelesaikan permasalahan penduduk dalam kawasan DUN itu.

Antara yang menjadi tumpuan beliau adalah berkenaan kampung baru, yang bagi beliau memerlukan tindakan segera dalam kerja-kerja menaik taraf infrastruktur yang telah lama tertangguh.

Wong, 32, berkata kerja-kerja menaik taraf itu akan diteruskan segera dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pihaknya telah mengenal pasti projek-projek terlibat menerusi maklum balas daripada penduduk dan ketua kampung sepanjang tempoh berkempen.

“Bukan itu sahaja, dokumen yang merangkumi projek yang diuruskan mendiang Eddie (Ng) (bekas ADUN Balakong) sebelum ini akan kami ‘follow up’ selepas ini dengan kerjasama ketua-ketua kampung baru di sekitar DUN ini,” katanya kepada pemberita selepas ‘walkabout’ penghargaan kepada para pengundi di sini, hari ini.

Katanya isu-isu tempatan seperti projek pembentungan dan pembaikan jalan perlu diteruskan segera bagi keselesaan penduduk.

“Sistem Pemindahan Pembentungan bersama MMC Corporation Berhad (MMC) yang sebelum ini telah tertangguh akan dimulakan secepat mungkin kerana ia melibatkan kawasan di bawah DUN Balakong.

“Saya tidak mahu menghampakan penduduk, ketika berkempen mereka menyampaikan hasrat mahu saya membantu mereka menyelesaikan masalah banjir kilat dan jjalan berlubang dan kami akan menunaikan janji seperti mana manifesto kami pada PRK ini,” katanya.

PRK DUN Balakong menyaksikan Wong menang dengan majoriti 18,533 undi apabila meraih 22,508 berbanding Tan yang hanya menerima 3,975 undi.

PRK itu diadakan berikutan kematian Ng dalam nahas jalan raya pada 20 Julai lepas.

​Pada pilihan raya umum Mei lepas, mendiang Ng menewaskan calon Barisan Nasional Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS) dengan majoriti 35,538 undi. – BERNAMA

Tags: Adun BalakongDAP
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa fahaman ekstrem kanan yang berbahaya kepada negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd