• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tendang, Pukul Bomba Padam Kebakaran

oleh Ahmad Albab
09/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANGGOTA bomba tiba-tiba ditendang dan dipukul lelaki tidak berbaju ketika operasi memadam kebakaran di Kampung Gelam, Sandakan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, mangsa yang berusia 30 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius dan dapat meneruskan tugasan selepas lelaki terbabit ditahan.

Ketika kejadian, anggota bomba terbabit sedang memadam kebakaran menggunakan paip bomba sebelum seorang lelaki tiba-tiba datang menendang dan memukul mangsa sehingga keadaan menjadi kecoh.

Orang ramai yang berada di kawasan berhampiran bagaimanapun bertindak segera meleraikan kejadian dan anggota bomba berkenaan dengan tenang menyambung semula tugasannya.

Difahamkan, suspek yang tidak memahami kerja bomba dipercayai tidak berpuas hati apabila rumahnya lambat disimbah air sehingga terbakar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Suspek lelaki itu sudah ditangkap dan kita akan mendapatkan perintah reman pada hari ini.

“Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana mengganggu penjawat awam menjalankan tugas.,” katanya.

Dalam kejadian itu, kira-kira 35 rumah papan musnah terbakar di kampung terbabit. – myMetro Online

Tags: Bombapukul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd