• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan PKR: Anwar Mahu Calon Bertanding Secara Sihat

oleh Ahmad Albab
09/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan calon-calon yang mengambil bahagian dalam pemilihan pimpinan tertinggi parti itu supaya bertanding secara sihat dan dalam satu keluarga besar demi memperkukuh parti itu.

Pemilihan pimpinan tertinggi PKR, yang dijadual 22 Sept hingga 28 Okt ini di seluruh negara, akan menyaksikan pertandingan semua peringkat kecuali jawatan presiden yang dimenangi Annuar tanpa bertanding bulan lepas.

Beliau menegaskan, tidak akan berkompromi dengan mana-mana calon yang didapati tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan mereka supaya tidak bersikap kasar, bergaduh, mencerca dan memaki hamun semata-mata untuk menang.

“Pertandingan hendaklah (secara) sihat dalam keluarga besar. Kalau ada saya terima mana-mana laporan serius, saya tak peduli, you siapa (samada) you menang (atau) you kalah. Kita perlu selamatkan parti. Tiada kompromi,” tegasnya semasa berucap pada majlis makan `Melangkah Ke Arah Kegemilangan Baru Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini malam tadi.

Anwar berkata, para perwakilan parti perlu memilih pemimpin terbaik dari kalangan calon yang disenarai bertanding.

Beliau turut mengesahkan terdapat tiga kerusi parlimen yang ditawarkan untuk beliau tandingi pada pilihan raya kecil dalam tempoh terdekat ini bagi membolehkannya kembali ke parlimen sebelum bulan Oktober tahun ini.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan nama kerusi-kerusi Parlimen itu dan kerusi mana yang akan ditandingi.

Terdahulu Pengerusi PKR Sarawak merangkap Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian berkata, sokongan rakyat negeri ini yang mahukan perubahan kerajaan telah membolehkan Pakatan Harapan berjaya memenangi 10 daripada 30 kerusi Parlimen di Sarawak dan kini bertambah kepada 12 kerusi berikutan kemasukan calon bebas.

Baru, yang juga Anggota Dewan Udangan Negeri (ADUN) Ba’kelalan berkata, Pakatan Harapan Sarawak perlu memperkukuhkan kedudukan di Sarawak bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) kira-kira tiga tahun lagi. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimPemilihan PKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd