• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Alami Strok Selepas Keracunan Makanan Di Resort 5 Bintang

oleh Ahmad Albab
09/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG kanak-kanak dari Britain bergelut dengan maut selepas mengalami keracunan makanan ketika menikmati percutian di Mesir.

Kejadian itu menyebabkan dia mengalami beberapa penyakit serius yang lain.

Luay Mohammed, 7, terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi lebih tiga minggu kerana mengalami beberapa komplikasi termasuk sepsis dan strok selepas dijangkiti salmonela.

Kanak-kanak tersebut jatuh sakit di resort bertaraf lima bintang, Tia Heights di Teluk Makadi, Hurghada.

Keadaan kesihatan Luay semakin merosot di rumahnya dan dikejarkan ke hospital.

Pada Khamis, Luay mengalami sawan dan strok.

Pemandangan di resort Tia Heights yang terletak di Hurghada, Mesir.

Ibunya, Fathia Obayd berkata: “Ia sangat menakutkan. Saya sangka kami akan kehilangannya.”

Keadaan Luay kini kritikal, namun stabil dan dilaporkan sedang menunggu keputusan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) serta ujian spina bagi membantu doktor mengenal pasti sebarang masalah kesihatan jangka panjang.

Luay juga masih mendapatkan rawatan bagi merawat kegagalan paru-paru.

Tambah Fathia: “Saya berasa marah kerana semua ini berpunca daripada keracunan makanan.

“Luay hanya budak kecil. Dia akan berada di hospital buat sementara waktu, tapi dia kuat melawan penyakit ini.”

Ibu berusia 30 tahun itu mengongsikan gambar anaknya untuk memberikan peringatan kepada ibu bapa lain. – Mirror UK/mStar Online

Tags: budakstrok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Peniaga Makanan Jepun Tak Mengaku Rogol Budak Dalam Kereta

05/05/2024
0

MUAR: Peniaga makanan Jepun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tiga pertuduhan merogol kenalan dalam kereta di...

Negeri Perlu Tubuh Jawatankuasa Khas Perbaiki Enakmen Jenayah Syariah

Budak Maut Ditimpa Dinding Konkrit: JKM Sedia Khidmat Kaunseling Buat Keluarga

15/02/2024
0

ALOR SETAR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah bersedia memberikan khidmat kaunseling kepada keluarga kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd