• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemalangan MPV-Treler Ragut Nyawa Empat Sekeluarga

oleh
08/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Empat sekeluarga maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Stream yang dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Labis-Segamat, berhampiran Kampung Melayu Raya dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat ketika dihubungi berkata kejadian berlaku pada pukul 1.40 tengah hari sewaktu hujan lebat dan kenderaan itu dalam perjalanan dari Labis menghala ke Segamat manakala treler dari Segamat ke Labis.

“Dalam kemalangan itu, empat mangsa iaitu masing-masing seorang lelaki dan wanita serta seorang kanak-kanak lelaki dan bayi perempuan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang turut berada dalam kenderaan serta tercampak keluar daripada kereta, bagaimanapun terselamat dibawa ke Hospital Segamat bersama pemandu treler berkenaan yang turut cedera,” katanya yang enggan mendedahkan identiti kesemua mangsa.

Menurut beliau, kejadian dipercayai berpunca daripada pemandu treler yang dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas melanggar bahagian hadapan kereta tersebut.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat Syed Putra Syed Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden pada pukul 1.35 tengah hari sebelum menggerakkan lima anggota ke tempat kejadian.

“Sewaktu tiba kira-kira lapan minit kemudiannya, kami mendapati kesemua mangsa telah meninggal dunia akibat cedera parah. Mayat kesemuanya telah diserahkan kepada polis manakala mangsa cedera sudah dihantar lebih awal ke Hospital Segamat,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan mauttreler
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd