• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HSR: Lebih Lambat Tangguh Lebih Banyak Jumlah Kos

oleh
08/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Kerajaan mungkin terpaksa membayar kos terbantut atau kos abortif yang lebih tinggi jika keputusan menangguhkan Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dibuat lebih lewat, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Sehubungan itu katanya beliau tidak faham dengan pandangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata kerajaan sepatutnya menunggu sehingga garis masa tender projek tamat pada penghujung tahun ini sebelum membuat keputusan menangguhkan HSR.

“Kenapa kena tunggu sampai hujung tahun? Jika kita tidak buat (penangguhan) sekarang nanti akan kena bayar lebih… kerana secara asasnya lagi lambat kamu hentikan lagi banyak pampasan perlu dibayar.

“Saya tidak faham apa lojik dia (Najib), melainkan jika mahu kita membayar lebih banyak. Saya perlu membaca lebih lagi penjelasan dia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Taklimat dan Penerangan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Dewan Perniagaan Cina Bentong di sini, hari ini.

Lim mengulas kenyataan Najib menerusi laman Facebooknya bahawa kerajaan sepatutnya menunggu sehingga tender projek HSR ditutup sebelum memeterai perjanjian dengan Singapura untuk menangguhkan projek itu sehingga Mei 2020.

Najib dilaporkan berkata tender untuk pakej pembiayaan kewangan HSR itu kebiasaannya sangat berdaya saing menjadikan tidak mustahil pembida akan memperuntukkan pakej pinjaman dengan kadar faedah sifar atau 0.1 peratus selain tempoh moratorium daripada sebarang bayaran balik seperti projek sama di India dan Indonesia.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan persetujuan kerajaan membayar kos abortif atau kos terbantut sebanyak S$15 juta (RM45.1 juta) kepada kerajaan Singapura susulan keputusan penangguhan terbabit.

Mengulas mengenai SST, Lim berkata kesediaan kerajaan menambah senarai barang yang dikecualikan cukai berdasarkan maklum balas orang ramai menjelang akhir tahun ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah (B40)

“Sebagai contoh aksesori telefon bimbit yang dahulu dikenakan cukai 10 peratus tapi dikurangkan kepada 5 peratus selepas kita dapat maklum balas bahawa ramai yang menggunakannya.

“Kerajaan terima pandangan rakyat kerana yang paling penting ialah kita pastikan kerajaan boleh mengutip hasil tanpa mengurangkan kesejahteraan rakyat yang menjadi keutamaan kami,” katanya.

Lim berkata peniaga juga tidak perlu bimbang untuk berbincang dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia jika mempunyai masalah kerana mereka mengamalkan pendekatan lembut, mesra dan prihatin dalam tempoh awal pelaksanaan semula SST.

Katanya kastam tidak akan mengambil pendekatan menghukum mereka yang melakukan kesalahan pada peringkat awal, namun berharap peniaga yang terlibat dapat tampil bertemu pihak berkenaan. – BERNAMA

Tags: HSRLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

26/06/2026
0

BUTTERWORTH - Program promosi besar-besaran jualan daging babi sempena Pesta Duanwu akan terus dianjurkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang membeli...

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd