• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Sebat Syariah Lebih Ringan

oleh
08/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pelaksanaan hukuman sebat mengikut syariah terhadap pasangan lesbian di Terengganu baru-baru ini adalah lebih ringan berbanding hukuman sebat dilakukan guru disiplin di sekolah, kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menegaskan bahawa hukuman sebat mengikut syariah hanya bertujuan mendidik masyarakat tanpa mencederakan pesalah, beliau berkata ia tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan dan dianggap negatif.

“Saya tidak pasti sama ada pihak yang tidak bersetuju dengan perkara ini tahu atau tidak bagaimana hukuman sebat itu dijalankan. Sepatutnya mereka mendapatkan maklumat yang tepat, baca dengan mata hati kaedah hukuman sebat dijalankan kerana realitinya ia tidak teruk seperti digambarkan.

“Malah saya sendiri berbual dengan mereka yang hadir dan menyaksikan sendiri hukuman sebat itu di depan mata dan mereka katakan ia lebih ringan berbanding hukuman sebat di sekolah. Jangan samakan sebat syariah dengan sebat sivil kerana ia jauh berbeza…beratus kali beza dengan sebatan mahkamah sivil,” katanya mengulas kritikan beberapa pihak berhubung hukuman itu.

Pada 3 Sept lepas, pasangan lesbian berumur 22 dan 32 tahun itu dihukum sebat enam kali selepas didapati bersalah kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu, selain didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata hukuman sebat di Terengganu bukanlah pertama kali dilaksanakan kerana Pahang, Kelantan dan Sabah pernah melaksanakannya sebelum ini.

“Hukuman dilaksanakan agensi kerajaan pusat, Jabatan Penjara… ada tatacaranya bukan secara hentam keromo sahaja.

“Hukuman yang berlaku dalam tempoh lima minit pada hari tersebut telah menghantar satu perasaan takut, menimbulkan kegerunan ke hati masyarakat seluruh dunia bahawa mereka tidak boleh melakukan perkara songsang ini. Kita juga berdoa agar budaya ini tidak wujud lagi di Terengganu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Ahmad Samsuri MokhtarHukuman Sebat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hukuman Sebat Bukan Bertujuan Menghukum Secara Kejam – Ketua Hakim Syarie

Hukuman Sebat Bukan Bertujuan Menghukum Secara Kejam – Ketua Hakim Syarie

28/12/2024
0

PUTRAJAYA: Pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Terengganu tidak bertujuan untuk menghukum secara kejam tetapi lebih kepada mendidik, mencegah...

Laksanakan Hukuman Sebat Kepada Pati

Laksanakan Hukuman Sebat Kepada Pati

24/12/2023
0

Kuala Lumpur : Isu lambakan pendatang tanpa izin (Pati) di negara ini dilihat semakin sukar dibendung walaupun kerajaan berusaha melaksanakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd