• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Akan Nilai Semula Tempoh Kempen Sesuai Bagi Pilihan Raya

oleh
08/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALAKONG – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat penilaian semula sama ada tempoh berkempen selama 21 hari bagi sesuatu pilihan raya sesuai untuk terus dipraktikkan selepas ini.

Setiausahanya Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata SPR mendapat reaksi pelbagai untuk Pilihan Raya Kecil (PKR) berkembar Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia, selepas kedua-duanya diadakan serentak hari ini, buat pertama kali melalui tempoh kempen terpanjang dalam sejarah.

“Masa di PRK Sungai Kandis hari itu kita beri 14 hari, untuk kedua-dua PRK ini kita beri 21 hari dan kita akan buat penilaian untuk mencari satu jangka masa lebih sesuai.

“Ada yang kata PRK ini tidak perlu tempoh terlalu panjang, kita akan melihat semualah. Kita kena juga dapatkan maklum balas daripada calon dan parti yang bertanding, itu kita kena kaji lagi,” katanya ketika ditemui semasa meninjau Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Balakong, antara pusat pengundian bagi PRK Balakong, pagi ini.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chie dalam kemalangan jalan raya 20 Julai lepas, menyaksikan persaingan dua penjuru antara calon PH Wong Siew Ki menentang calon MCA Tan Chee Teong.

Mengenai perjalanan kempen bagi kedua-dua PRK, Mohamed Elias berkata SPR tidak menerima sebarang laporan kesalahan atau pelanggaran undang-undang pilihan raya secara langsung oleh mana-mana pihak.

“Kita tahu melalui laporan akhbar, kes pemidang yang diturunkan di Balakong tetapi laporan rasmi kita tidak terima apa-apa,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd