• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Bil Bersama Air Dan Pembetungan Hujung Tahun Ini

oleh
07/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli bercadang untuk melaksanakan sistem bil bersama bagi bil air dan pembetungan, selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

Menterinya, Dr Xavier Jayakumar berkata langkah itu perlu dibuat bagi menambah baik kutipan pembayaran bil pembetungan di negara ini.

“Kaedah sistem bil bersama ini bukanlah satu perkara baharu sebab ia telah diperkenalkan di (Wilayah Persekutuan) Labuan sejak beberapa tahun lepas dan ia dilihat sangat berkesan.

“Tetapi untuk permulaan kita mungkin akan laksanakan dahulu di beberapa negeri seperti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang… buat masa ini kita sedang teliti perkara itu melaksanakannya tahun ini ,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program bicara minda ‘Tak Selesai Lagi Isu Air’ di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 di sini, hari ini.

Beliau berkata langkah melaksanakan sistem bil bersama itu juga dibuat bagi menjamin kelangsungan operasi Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) sebagai sebuah syarikat pembentungan di negara ini.

Katanya, dengan adanya hasil kutipan bil pembentungan yang berkesan, IWK mampu menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna.

“Kementerian terpaksa memberi subsidi hampir RM150 juta setahun kepada IWK untuk menampung kos pengurusannya ekoran kelemahan kutipan bil IWK.

“Biarpun caj IWK rendah iaitu bermula dari RM2 sehingga RM 8 (sebulan) , tidak ramai yang mahu membayar…saya nyatakan di sini, hidup ini bukan senang (semua pun kena bayar),”katanya.

Sementara itu, Xavier berkata kerajaan Pahang telah bersetuju untuk melaksanakan penstukturan semula perkhidmatan air di negeri itu dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata pihaknya telah bertemu dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini bagi membincangkan perkara itu. –LAGI

“Kementerian sedang diperingkat akhir dalam menyediakan tawaran penstukturan semula itu, kita berharap dengan langkah ini akan dapat menyelesaikan isu bekalan air di Pahang yang telah tertangguh sejak 2013 lagi.

“Pahang tidak mempunyai keupayaan kewangan bagi menyelesaikannya dan memerlukan bantuan kerajaan persekutuan…kita akan bantu mereka, walaupun Pahang adalah negeri pembangkang, kita tidak ada masalah dalam hal itu, “katanya.

Beliau berkata menerusi perbincangan itu, kementerian dan kerajaan Pahang juga akan mengenalpasti beberapa penyelesaian dalam merealisasikan penstukturan tersebut.

“Saya telah meminta mereka menyatakan kuantiti nilai aset industri itu di Pahang agar Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dapat membantu dari segi kewangan.

“Ini bagi menaik taraf dan pada masa yang sama menentukan pelaksanan sistem kualiti air dapat dilakukan dengan sempurna,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata penstrukturan semula perkhidmatan air di negeri itu mungkin dapat muktamadkan hujung tahun ini.

Penstukturan itu sebelum ini tidak dapat dilaksanakan berikutan kekangan kewangan. -BERNAMA

Tags: Dr Xavier Jayakumar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Dapat Dielakkan

23/04/2019
0

BANGI - Gangguan bekalan air di Lembah Klang Rabu ini tidak dapat dielakkan bagi memastikan tidak timbul masalah air pada...

Kaji Guna Sumber Air Bawah Tanah – Xavier

18/12/2018
0

SHAH ALAM – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang melakukan kajian secara menyeluruh bagi melihat potensi air bawah tanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd