• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyCC Mula Siasat Syarikat Tayar, Minuman

oleh Cj Mnh
07/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah memulakan siasatan terhadap beberapa syarikat tayar dan pengeluar minuman di Malaysia untuk menyemak kemungkinan perlakuan anti-persaingan.

Siasatan dilakukan susulan arahan daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berikutan pengeluaran notis kenaikan harga yang dikeluarkan oleh beberapa pemain industri pada bulan Julai dan Ogos 2018 sebelum pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September lalu.

Pengarah Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasa MyCC, Iskandar Ismail berkata MyCC bersama-sama dengan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah diarahkan untuk menjalankan siasatan bagi menentukan sama ada tindakan tersebut menimbulkan isu di bawah undang-undang yang berkaitan.

“MyCC akan terus bekerjasama dengan KPDNHEP untuk menguatkuasakan undang-undang. Usaha bersama kami adalah bukti komitmen untuk memastikan kepentingan pengguna dilindungi.

“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap perusahaan yang didapati melanggar undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

MyCC dan Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP telah memeriksa beberapa syarikat tayar, diikuti dengan pemeriksaan oleh MyCC terhadap beberapa persatuan tayar yang berkaitan.

Iskandar berkata pemeriksaan berasingan juga telah dijalankan oleh MyCC terhadap pengeluar minuman berikutan tindakan mereka mengeluarkan notis harga baharu kepada pasar raya di Malaysia

Siasatan oleh MyCC ke atas pihak yang terbabit adalah berkaitan dengan seksyen 4 Akta Persaingan 2010 sementara penyiasatan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP adalah berkenaan isu di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Notis telah dikeluarkan kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk mengemukakan maklumat dan dokumen tertentu dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh kedua-dua pihak berkuasa bagi membantu penyiasatan lanjut.

Layari laman www.mycc.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti MyCC dan akta berkaitan. – BH Online

Tags: MyCCsiasat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Saham: Mas Ermieyati Desak Azam Baki Disiasat

Kontroversi Saham: Mas Ermieyati Desak Azam Baki Disiasat

12/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mendesak siasatan dijalankan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd