• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Selamat 33 Mangsa Banjir Kilat Terperangkap Di Rumah

oleh Cj Mnh
07/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Seramai 33 mangsa termasuk lapan bayi yang terperangkap dalam rumah di Kampung Pasir Putih di sini akibat banjir kilat, berjaya diselamatkan pasukan bomba pagi tadi.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau Ismadi Ismail ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang penduduk pada 7.36 pagi menerusi MERS999 yang memohon bantuan dipindahkan ke kawasan selamat.

Katanya mangsa yang terdiri daripada 14 dewasa, 11 kanak-kanak serta lapan bayi adalah antara penduduk kira-kira 100 rumah di Blok A dan Blok B Jaya Mawar di Kampung Pasir Putih yang terjejas banjir, dipindahkan ke kawasan selamat dan rumah saudara.

Beliau, bagaimanapun berkata setakat 11.04 pagi tadi, operasi di Kampung Pasir Putih ditamatkan dan penduduk diminta menunggu di rumah kerana banjir mulai surut.

Selain Kampung Pasir Putih, katanya kampung lain yang turut terjejas ialah Kampung Merotai Besar, Kampung Langsat, Kampung Pangkalan, Kampung Kijang, Kampung Iban dan Kampung Jagung serta Kampung Durian di sini.

Banjir kilat itu terjadi selepas hujan tidak berhenti sejak 11 malam tadi hingga kini, menyebabkan kawasan rendah ditenggelami air. – BERNAMA

Tags: Bombamangsa banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd