• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Bertukar Kerjaya Bantu Pondan

oleh Ahmad Albab
07/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu program bertukar kerjaya atau ‘Job Exchange’ kepada golongan maknyah atau transgender di negara ini dalam usaha membantu golongan ini keluar daripada belenggu sebagai pekerja seks.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Fuziah Salleh berkata, program yang akan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan itu dijangka mampu memberi masa depan yang lebih cerah kepada golongan berkenaan selain pendapatan yang lebih baik.

“Hasil pertemuan yang kita lakukan, ramai di kalangan mereka yang mengakui mahu kembali ke pangkal jalan namun tidak diberi peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik yang menyebabkan akhirnya mereka kembali terjebak dengan pekerjaan lama.

“Sehubungan itu melalui program ‘Job Exchange’ ini kita mahu mereka secara sukarela meninggalkan pekerjaan seks itu dan bukannya dengan paksaan. Mereka akan diberikan kemahiran, kelayakan atau sijil untuk menceburi bidang perniagaan, andaman, solekan, katering dan rekaan fesyen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama warga Persatuan Insaf Pahang (PIP) di Taman Kampung Padang Damai, Jalan Sungai Lembing, di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Ruslan Said; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Naemah Fairus Mohd Jelani dan Pengerusi PIP, Mohamed Bakri Abu Bakar.

Menurut Fuziah, pada masa kini program seperti itu telahpun dilaksanakan oleh PIP yang terbukti telah memberikan satu nafas baharu kepada golongan berkenaan.

Berikutan itu badan bukan kerajaan yang ditubuhkan sejak 2002 itu tersebut turut diberikan tanggungjawab membantu menyediakan kertas kerja program tersebut sebelum ia diperluaskan ke negeri yang lain.

Sementara itu Mohamed Bakri, persatuan yang kini mempunyai seramai 70 anggota itu menyifatkan langkah berkenaan merupakan satu perkara yang telah lama dinantikan oleh maknyah atau transgender, untuk membantu mereka kembali ke pangkal jalan.

Katanya, dalam masa yang sama masyarakat juga diharap dapat bersama-sama membimbing golongan ini daripada terus tersasar dan bukannya menolak mereka dengan pelbagai kecaman serta sindiran.

“Rata-rata daripada anggota persatuan adalah mereka yang mahu berubah serta perlukan bimbingan. Kami amat memerlukan sokongan moral dan kaunseling terutama daripada masyarakat sekeliling, ibu bapa, keluarga serta para ilmuan.

“Kami faham hukum agama tiada sebarang kelonggaran tetapi bantulah kami untuk kembali ke pangkal jalan. Saya amat berharap Jaip juga dapat menghantar guru agama untuk membimbing kami,” katanya. – BERNAMA

Tags: Fuziah Sallehkerjayatransgender
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd