• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Tumpas Penyeludupan Rokok & Minuman Keras

oleh Ahmad Albab
07/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras dengan nilai dan cukai dianggarkan RM10 juta selepas menahan dua kontena di Pelabuhan Klang, dekat sini, Ahad lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Seri Zulkifli Yahya berkata pihaknya turut menahan dua pemandu kontena, masing-masing berusia 36 tahun dan 48 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan kontena pertama menemui 10.5 juta batang rokok putih jenama U2 Full Flavor dengan nilai dan cukai rokok dianggarkan berjumlah RM8 juta.

“Pemeriksaan kontena yang kedua telah menemui 1.8 juta batang rokok jenama DinX dan 2,600 liter minuman keras dengan nilai dan cukai yang terlibat dianggarkan RM2 juta.

“Pemeriksaan ke atas barang dan dokumen yang dikemukakan oleh kedua-dua pemandu menunjukkan barang yang diisytiharkan tidak sama dengan barang yang terdapat dalam kontena. Kontena berkenaan telah keluar dari Pelabuhan Utara menggunakan manifest (senarai kargo) yang diikrar sebagai alat ganti terpakai kenderaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, rokok berkenaan dipercayai diseludup dari Vietnam untuk dipasarkan di sekitar Lembah Klang.

Kedua-dua lelaki berkenaan direman sehingga hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 135(1) (e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barang larangan Kastam, katanya.

Sementara itu, beliau menyeru orang ramai membantu pihak Kastam memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun dan dadah.

Orang ramai juga digesa memberi kerjasama kepada pihak Kastam dengan menyalurkan maklumat dengan menghubungi talian 03-78036568 atau talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855, katanya.

Menurutnya, JKDM memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat akan dirahsiakan dan pemberi maklumat berdaftar akan diberi ganjaran dalam bentuk wang tunai bagi setiap maklumat yang berjaya menghasilkan kes. – BERNAMA

Tags: Kastamminuman kerasRokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd