• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Elektrik Pulih Di JB

oleh Ahmad Albab
07/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Bekalan elektrik di pusat bandar Johor Bahru dan kawasan sekitarnya yang terganggu sejak tengah hari Khamis pulih sepenuhnya pada sebelah malam.

Pengurus Besar TNB Johor Datuk Baderul Sham Saad berkata gangguan akibat kerosakan Pencawang Masuk Utama (PMU) 132/33kV di Jalan Datuk Abdul Rahman Andak bermula pukul 1.04 petang itu pulih sepenuhnya pukul 7.40 malam.

“Kawasan terakhir yang menerima semula bekalan elektrik adalah sebahagian kawasan Bandar Baru Uda dan Skudai Kiri,” katanya yang dihubungi di sini malam Khamis.

Katanya kesulitan atas gangguan bekalan elektrik tersebut amat dikesali dan untuk mendapatkan maklumat lanjut, pengguna dinasihati menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan TNB di talian 15454 atau Facebook TNB CareLine.

Terdahulu, gangguan elektrik itu sedikit sebanyak menjejaskan orang ramai dalam meneruskan aktiviti harian termasuk kesesakan teruk di lampu isyarat di Jalan Tebrau yang menghubungkan kawasan Taman Pelangi dan Taman Century dengan pusat bandar.

Gangguan ke atas kira-kira 10,000 akaun pengguna itu antaranya adalah melibatkan bangunan Komtar, Bangunan Sultan Iskandar yang menempatkan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Balai Polis Sentral, Bangunan JB Sentral, Hospital Sultanah Aminah, Taman Century dan Jalan Yahya Awal.

Bagaimanapun Hospital Sultanah Aminah, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin serta kebanyakan bangunan komersial dan yang lain terus beroperasi menggunakan janakuasa sokongan. – BERNAMA

Tags: Bekalan Elektrikjohor bahru
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

11/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar di sini...

Tunku Mahkota Ismail Hadir Jamuan Teh Bersama Rakyat

Tunku Mahkota Ismail Hadir Jamuan Teh Bersama Rakyat

09/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Jamuan Teh Bersama Rakyat Daerah Johor Bahru, Pontian,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd