• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendekatan Laksana Hukum Syariah Baik Dari Segi Dakwah

oleh
06/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pendekatan menunjukkan Islam bukan agama yang keras adalah baik dari segi dakwah, kata Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Namun, beliau berkata hukuman syariah ditetapkan dalam agama Islam juga merupakan dakwah yang berkesan untuk menghindari masyarakat daripada hidup bergelumbang dosa.

Cara terbaik dari segi pelaksanaannya adalah dengan tidak mengetepikan hukum syarak, katanya kepada Bernama menerusi aplikasi Whatsapp di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pandangan Kabinet bahawa adalah penting Islam tidak ditonjolkan sebagai agama bengis dengan hukuman berat menanti umatnya yang melakukan kesalahan.

Ia susulan kes dua wanita dihukum sebat enam kali di khalayak ramai di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada Isnin lepas, setelah mengaku bersalah melakukan hubungan seks sejenis dalam sebuah kereta di Dungun, 8 April lepas.

Menurut Mohd Azmi, hukuman sebat dilihat mengaibkan apabila dilakukan di hadapan khalayak, namun aspek pengajaran yang boleh diambil orang ramai juga tidak boleh diketepikan.

“Namun syarat melaksanakan sebat yang disaksikan khalayak ramai bukan satu keperluan. Selain itu, membandingkan hukuman sebat antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah dalam kes ini juga tidak wajar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mohd Azmi Abdul Hamid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Pelbagai Negara Gesa Tindakan Terhadap Myanmar

04/10/2017
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 90 badan bukan kerajaan (NGO) dari pelbagai negara hari ini sepakat menuntut agar tindakan tegas segera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd