• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK DUN Balakong: MCA Yakin Dapat Undi Melayu Dan India

oleh
06/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MCA yakin parti itu tetap akan mendapat undi kaum Melayu dan India pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong berdasarkan kepada aktiviti serta penyaluran bantuan tanpa mengira kaum yang dilaksanakan selama ini.

Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu memperjuangan keharmonian kaum sejak ditubuhkan pada tahun 1949 dan bukan berasas kepada satu bangsa semata-mata.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan pihak tertentu yang mengatakan MCA tidak akan mendapat undi kaum Melayu tanpa sokongan kuat daripada UMNO dan PAS.

“Kami adalah sebuah parti bebas dan boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai agenda yang sama dalam memperjuangkan keharmonian kaum,” katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan MCA PKR DUN Balakong, dekat sini, hari ini.

Terdahulu, Liow menerima kunjungan daripada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melakukan lawatan ke bilik operasi tersebut.

PRK DUN Balakong diadakan Sabtu ini berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chie dalam satu kemalangan jalan raya 20 Julai lepas dan menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon MCA, Tan Chee Teong dan calon Pakatan Harapan Wong Siew Ki.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Ng menewaskan calon BN,Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan majoriti 35,538 undi. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UIAM Perlu Ikut Perlembagaan Lantik Presiden

Next Post

Alumni UIAM Sekat Netizen Kutuk Maszlee Jadi Presiden

Related Posts

Mana-Mana Ahli MCA Boleh Bertanding Jawatan Tertinggi

29/08/2018
0

KAJANG - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau menghormati hak mana-mana ahli parti yang mahu bertanding bagi...

MCA Guna Logo Sendiri PRK DUN Balakong

10/08/2018
0

TANDING... Komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA mengumumkan akan guna logo parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan...

Next Post

Alumni UIAM Sekat Netizen Kutuk Maszlee Jadi Presiden

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd