• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Julia Farhana Nyaris Jadi Mangsa Gangguan Seksual

oleh Cj Mnh
06/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon, Julia Farhana mendedahkan, dia pernah berdepan pengalaman buruk apabila hampir menjadi mangsa gangguan seksual penerbit dan pengarah sebuah produksi terkenal.

Julia atau nama sebenarnya, Julia Farhana Marin, 26, berkata dia masih ingat dengan jelas insiden yang berlaku ketika menghadiri uji bakat sekitar tiga tahun lalu.

“Ketika kejadian itu berlaku, saya diarah melakonkan watak sebagai penggoda. Saya tiada masalah kalau berlakon sendirian dan menghadap dinding.

“Tetapi, pengarah itu minta saya menggodanya pula. Saya masih boleh menerimanya, tetapi dengan syarat perlu ada jurang antara kami. Namun, dia tetap bertegas dan mahu saya menyentuhnya.

“Keliru dengan perbuatannya itu dan berasa seperti dia cuba mengambil kesempatan, saya terus hentikan sesi itu lalu berlari ke kereta dan menangis ,” katanya.

Julia ditemui pada majlis pelancaran tiga drama bersiri iaitu Salon, The Bridge dan Jibril di Metal Bees Production House, Sunway Damansara, di sini.

Selepas kejadian itu, kata Julia, pengurus produksi terbabit cuba menghubunginya dan menawarkan tiga drama, namun dia menolaknya.

“Saya jadi trauma dengan kejadian itu dan lebih berhati-hati sebelum menghadiri mana-mana uji bakat.

“Setiap kali mendapat tawaran hadiri uji bakat, mesti saya akan tanya terlebih dahulu bagaimana proses dilakukan dan siapa yang ada ketika itu,” katanya berharap kisahnya dijadikan panduan oleh mereka yang mahu berjinak-jinak dalam cabang seni itu. – BH Online

Tags: gangguan seksualJulia Farhana
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

27/11/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama...

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja 15 Tahun

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja 15 Tahun

17/10/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang siak masjid ditahan kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd