• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesakit Sebelum Ini Terima Skim PASc Tak Akan Terjejas

oleh
06/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan pesakit yang menerima pemberian pek percuma ubat-ubat baharu yang berkos tinggi melalui ‘Patient Access Scheme (PASc)’ tidak akan terjejas berikutan penangguhan sementara skim berkenaan.

Beliau berkata pesakit yang telah menerima pemberian ubat sebelum ini tidak perlu khuatir kerana tidak ada pemberhentian atau penamatan untuk mendapat bekalan ubat-ubatan menerusi skim tersebut.

“Kesemua kebajikan pesakit sebelum ini terjamin, kecuali mereka yang baru memohon di bawah skim itu memerlukan sedikit waktu,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kongres ke-40 Persatuan Pediatrik Malaysia, di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya akan segera menyelesaikan status skim itu bersama Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad.

“Saya telah bertemu dengannya dan beliau memberitahu sedang mempertimbangkan semuanya, kerana apa (yang) penting bukan untuk memberhentikan skim itu tetapi untuk menambah baik tadbir urusnya.

“Iaitu cara-cara bagaimana sokongan-sokongan farmaseutikal itu dapat ditangani, diurus dengan baik supaya dapat kita melakukan dengan lebih efisien, berkesan dan mengelakkan salah laku atau diskriminasi,” katanya.

Pada 16 Ogos lepas, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Nor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata permohonan PASc yang melibatkan pek percuma/bonusing ditangguhkan buat sementara waktu sehingga mendapat ulasan daripada Jabatan Audit Negara.

PASc adalah skim yang ditawarkan oleh syarikat farmaseutikal kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menambah baik akses ubat kepada pesakit terutamanya bagi ubat-ubatan yang mahal.

Dalam pada itu, bercakap mengenai kongres yang bertemakan ‘Marginalised Children-Addressing the Needs, Leaving No Child Behind Towards Sustainable Development Goals’ itu, Dzulkefly berkata kongres itu akan membincangkan beberapa isu mengenai pelarian, masyarakat Orang Asal dan masyarakat miskin bandar.

“Malah saya juga berpendapat adalah penting ‘practitioner of paediatric’ (pengamal bidang pediatrik) agar dapat bersama KKM dalam mempertingkatkan ‘delivery of healthcare’ (penyampaian perkhidmatan kesihatan) lebih baik dan lebih maju,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Dzulkefly Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

19/11/2022
0

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersaing sengit dengan calon Barisan...

Insiden Pencemaran Bukan Punca Kematian Penduduk – Menteri

08/07/2019
0

PUTRAJAYA - Punca kematian penduduk Taman Cahaya Masai, Marini Kasman bukan disebabkan oleh insiden pencemaran di Pasir Gudang. Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd