• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terlalu Cepat Menghukum – Fuziah

oleh
06/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pemberian zakat kepada golongan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) tidak seharusnya dijadikan isu dan polemik oleh masyarakat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh, salah faham terhadap tindakan berkenaan antara lain berpunca daripada sikap masyarakat yang terlalu cepat menghukum golongan ini tanpa memahami sedalamnya hukum-hakam yang dibenarkan di dalam agama Islam.

“Kita sepatutnya membantu mereka untuk berubah dan tidak menyisihkan mereka. Dalam kita berdakwah kepada mereka tidak boleh hanya setakat berceramah tetapi memberi jalan untuk mereka keluar. layak terima zakat.

“Hanya mereka yang benar-benar mempunyai keinginan untuk berubah dan melepaskan diri daripada gaya hidup songsang yang diamalkan sahaja yang kita akan berikan zakat, bukan sewenang-wenangnya. Ini yang dimaksudkan mereka layak menerima zakat,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ziarah Tautan Kasih di Kompleks Penempatan Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini, hari ini.

Fuziah berkata terdapat beberapa negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu telah mengambil kira kategori al-Riqab berkenaan.

“Apabila kita memberikan golongan ini bantuan zakat, ia tidak bermaksud kita mengambil hak orang lain yang layak menerima zakat.

“Ini adalah hanya penambahan golongan yang layak menerima bantuan dan masyarakat tidak seharusnya risau yang kita akan meminggirkan golongan lain yang sememangnya layak.

“Bentuk agihan zakat asnaf Al-Riqab adalah terdiri daripada tiga kategori iaitu membebaskan pekerja Islam yang ditindas oleh majikan, pembiayaan bagi bebas daripada kegiatan maksiat, dan pembiayaan bagi membebaskan umat Islam daripada kejahilan,” katanya.

Isu pengagihan zakat kepada golongan LGBT itu mendapat pelbagai reaksi oleh masyarakat selepas Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid memaklumkan 10 golongan yang mengamalkan gaya hidup sonsang layak menerima agihan asnaf Al-Riqab.

Sepuluh golongan itu termasuk pelacur, lesbian, maknyah, gay, homoseksual, gigolo, biseksual, pengkid, tomboi dan bersekedudukan dengan orang bukan lslam. – BERNAMA

Tags: Fuziah SallehLGBTZakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd