• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Laman Web Terbaik Untuk Beli-Belah Barangan Sukan

oleh Haris
07/08/2019
dalam Advertorial, Gaya Hidup, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENCARI barangan sukan kini mudah kerana semuanya terletak di hujung jari anda.

Dengan akses internet dan akaun bank atas talian, kini anda boleh membeli barangan sukan yang anda impikan dengan mudah, cepat, dan selamat.

Pelbagai pusat membeli belah online yang boleh anda layari melalui telefon pintar dan komputer anda di rumah.

Berikut 4 laman web untuk beli-belah barangan sukan di Malaysia yang boleh dipercayai serta menawarkan harga yang berpatutan, selain terdapat juga kupon-kupon diskaun yang menarik!

1. Sports Direct Malaysia

Bagi peminat barangan sukan jenama Nike, Reebok dan Adidas, laman web ini semestinya menjadi tumpuan terutama bagi kaki bola.

Ia menawarkan harga berpatutan bagi setiap barangan sukan serta potongan harga yang tidak masuk akal!

Selain barangan untuk kaki bola, mereka juga menawarkan barangan aksesori sukan pelbagai jenama untuk semua lapisan umur dan jenis sukan.

Selain tawaran-tawaran hebat seperti “weekly sale,” “flash sale” dan “clearance sale,” anda juga boleh mendapatkan diskaun sehingga 88 peratus bagi barangan Adidas dan Reebok eksklusif untuk belian secara online!

2. Lazada

Laman web ini sememangnya tidak asing lagi di dalam senarai pusat membeli belah secara online. Di Lazada, barangan yang ditawarkan agak terhad kepada sukan air dan sukan yang memerlukan penggunaan raket.

Selain itu, anda juga boleh mendapati aksesori serta set pakaian sukan di Lazada.

Mereka juga ada menawarkan barangan untuk aktiviti luar seperti peralatan memancing, berbasikal, berkhemah dan banyak lagi dengan harga yang cukup menarik.

Antara jenama terkenal yang ditawarkan di Lazada adalah Adidas, Yonex dan Reebok. Lazada juga mengadakan jualan “flash sale” di mana mereka menawarkan diskaun eksklusif pada hari-hari tertentu sehingga 10%!

Jadi, anda perlu sentiasa melayari laman web Lazada untuk mengetahui tawaran-tawaran yang hebat.

3. Zalora

Zalora menawarkan barangan-barangan sukan yang eksklusif serta asli di laman webnya. Antara jenama yang ditawarkan adalah Adidas, Nike, Puma, New Balance, Under Armour, dan banyak lagi.

Produk ditawarkan merangkumi pakaian, kasut, peralatan aktiviti luaran, aksesori, set lengkap berenang dan banyak lagi.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan caj penghantaran percuma dengan pembelian sebanyak RM75 ke atas.

Zalora juga menyediakan kupon diskaun sebanyak RM20 bagi pengguna yang mendaftar buat pertama kali di laman web ini.

4. Shopee

Shopee menawarkan barangan sukan seperti peralatan sukan air, sukan berbasikal dan sukan yang menggunakan raket seperti badminton dan tenis, selain barangan perkhemahan dan aktiviti luar.

Peralatan-peralatan khas untuk kegunaan bersenam, bina badan dan seni mempertahankan diri juga ditawarkan di laman web ini, dari jenama seperti Vigor Fitness, Fila dan Li-Ning.

Barangan dibeli ada yang dikenakan caj penghantaran dan ada yang tidak, namun harganya tetap berpatutan untuk dibeli.

Selain itu, anda juga boleh berkomunikasi terus dengan penjual menerusi “live chat” yang disediakan bagi menjawab persoalan anda.

Shoppe juga menawarkan “shocking sale” untuk barangan tertentu pada masa yang terhad. Jadi, anda perlu melayari laman web tersebut agar tidak ketinggalan dengan diskaun-diskaun yang hebat! – Mynewshub.tv

Tags: advertorialbarangan sukanLaman web beli-belah
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

“Ada BeSS.. Barulah Nak Makan Pun Best!”

22/12/2016
0

WAH… bestnya musim cuti sekarang ni!! Banyak pula undangan gi kenduri kahwin. Apa lagi, hidangan favourite mestilah nasi minyak. Eh.....

Bocor! Aplikasi Mobil Paling Cool Untuk Pelajar Sekolah

21/11/2016
0

BERITA hangat buat pelajar-pelajar sekolah! Satu aplikasi mobil yang bakal muncul pada awal tahun hadapan, dipercayai mampu membuatkan mereka tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd