• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Rangka Mekanisme Baharu Penetapan Tarif Air

oleh Cj Mnh
06/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang merangka mekanisme penetapan tarif air baharu untuk masa depan.

Timbalan Menterinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata antara ciri mekanisme itu termasuk memastikan kenaikan kadar tarif air dilakukan secara terkawal dan melindungi kepentingan pengguna secara keseluruhan.

“Ia turut mengambil kira keperluan khas rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah, berupaya meningkatkan keupayaan dan kecekapan operator air selain telus, adil serta mudah difahami,” katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Fahariyah Md Nordin mengenai kadar tarif air seluruh negara dan langkah kerajaan mengawal kenaikan tarif air agar tidak membebankan pengguna.

Tengku Zulpuri Shah berkata kementerian juga akan memberi pertimbangan terhadap beberapa perkara lain antaranya kadar tarif air sedia ada di beberapa negeri yang tidak disemak untuk tempoh masa yang lama seperti Pahang (35 tahun) dan Perlis (22 tahun).

Katanya, kadar tarif yang rendah akan menjejaskan unjuran pendapatan operator air yang ditetapkan di dalam pelan perniagaan dan seterusnya menjejaskan mutu perkhidmatan mereka kepada pengguna. – BERNAMA

Tags: SPANtarif air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MBPP Tarik Balik Notis Larangan Jual Arak Sempena Thaipusam

Tarif Air Melaka Naik 16 Sen Setiap Meter Padu

24/01/2024
0

Ayer Keroh: Kerajaan negeri mengumumkan purata kenaikan tarif air bagi kategori domestik di Melaka yang akan berkuat kuasa pada 1...

Tarif Air Naik Purata 22 Sen Semeter Padu, Mulai 1 Februari

Tarif Air Naik Purata 22 Sen Semeter Padu, Mulai 1 Februari

17/01/2024
0

Kuala Lumpur : Pelarasan tarif air akan dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif (Tariff Setting Mechanism – TSM) bagi pengguna...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd