• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Mahu Presiden Syria Mati

oleh Ahmad Albab
06/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Pre­siden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu supaya pemimpin Syria, Bashar Al-Assad dibunuh pada tahun lalu, namun setiausaha pertahanannya mengingkari arahan tersebut, demikian dakwa sebuah buku baharu yang menggambarkan pembantu-pembantu kanan Trump kadangkala terpaksa mengingkari arahan beliau bagi mengehadkan kelakuan yang mereka anggap sebagai merosakkan dan berbahaya.

Petikan daripada buku berjudul Fear: Trump In The White House yang ditulis oleh wartawan terkenal, Bob Woodward itu disiarkan dalam akhbar Washington Post kelmarin. Buku tersebut yang dijadualkan berada di pasaran pada 11 September ini adalah yang terbaharu mendedahkan tentang ketegangan di White House sepanjang 20 bulan Trump mengambil alih pentadbiran negara.

“Ia hanya sebuah lagi buku yang teruk,” kata Trump kepada portal berita Daily Caller ketika mengulas mengenai penerbitan tersebut.

Presiden daripada Parti Republikan itu berkata di laman Twitter bahawa petikan dalam buku itu yang mengaitkannya dengan Setiausaha Pertahanan, James Mattis, Ketua Staf White House, John Kelly dan beberapa penasihat lain sebagai satu penipuan.

Menurut buku tersebut, Trump memberitahu Mattis bahawa beliau mahu Bashar dibunuh selepas Presiden Syria itu menggunakan senjata kimia terhadap penduduk awam pada April 2017.

Mattis memberitahu Trump bahawa beliau akan menurut arahan itu, namun sebaliknya mengarahkan serangan udara terhad yang tidak mengancam nyawa Bashar.

Mattis juga didakwa memberitahu rakan-rakannya bahawa Trump berkelakuan seperti ‘seorang budak sekolah rendah’, demikian menurut buku tersebut.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan balas kelmarin, Mattis menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau pernah menge­luarkan kata-kata yang menghina Trump. – Reuters/Kosmo Online

Tags: Bashar AssadTrump
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

Presiden AS Paling Gagal? Senarai ‘Cubaan’ Ini Jadi Bahan Sindiran Netizen Dunia

Presiden AS Paling Gagal? Senarai ‘Cubaan’ Ini Jadi Bahan Sindiran Netizen Dunia

14/04/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON – Gelombang kritikan terhadap Presiden Amerika Syarikat kembali memuncak apabila pelbagai tindakan dan kenyataan beliau dijadikan bahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd