• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Certot Mengenai Dr Maszlee

oleh Ahmad Albab
06/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERLANTIKAN Dr Maszlee sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa yang baru sudah tentu akan melahirkan lagi banyak CERTOT atau cerita kontot mengenai beliau. CERTOT adalah istilah baru hasil pemikiran kreatif Menteri bertaraf selebriti ini.

DS Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Pendidikan pernah dilantik Presiden UIA selama 10 tahun. Masalahnya Maszlee sendiri yang membuat kenyataan bahawa tiada lantikan politik di universiti. Dia mahu universiti bebas daripada pengaruh parti politik. Kenapa tidak kotakan janji. Lebih buruk lagi Setiausaha Politik beliau Mohd Nizam Morad juga dilantil sebagai Ahli Lembaga Pengarah UUM.

Bukankah lebih elok Dr Maszlee fokus kepada pendidikan di sekolah pedalaman. Ada beratus lagi sekolah pedalaman termasuk bertaraf P3 yang perlu perhatian khusus daripada Menteri. Apa salahnya beliau turun ke bawah melawat sekolah pedalaman walaupun terpaksa naik bot, 4WD dan tidur di rumah panjang.

Berdasarkan pengalaman, kalau Menteri tidak turun maka pegawai yang boleh membuat keputusan untuk meluluskan peruntukan tidak turun. Akibatnya terlepas pandang berlaku dan sekolah pedalaman terus usang. Maka, bagaimana padang permainan boleh disamaratakan? Saya berpengalaman tidur di 17 buah rumah panjang untuk melawat sekolah pedalaman. Pernah berjalan kaki 8 jam untuk sampai ke SK Saliliran di Sabah. Kerana itu barulah Pegawai ikut melawat.

Dulu kita ada Menteri Populis. Sekarang kita ada Menteri Selebriti. Kedua dua cara tersebut menyebabkan soal pokok dan dasar terpinggir. Mereka suka perkara yang menjadikan mereka ramai peminat sahaja. Maaf CERTOT saya mengenai Dr Maszlee sudah menjadi CERPAN (cerita panjang).

Mohd Puad Zarkashi
6.9.2018

Tags: Datuk Dr Mohd Puad ZarkashiDr Maszlee Malik
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Maszlee Bertanding Di Puteri Wangsa, Tapi Mengundi di Machap

Maszlee Bertanding Di Puteri Wangsa, Tapi Mengundi di Machap

11/07/2026
0

KLUANG - Calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr. Maszlee Malik mengundi di Sekolah Jenis...

“McD Hanya Salah Satu Mercu Tanda Simpang Renggam”  – Maszlee

“McD Hanya Salah Satu Mercu Tanda Simpang Renggam” – Maszlee

08/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik mendakwa Simpang Renggam hanya mendapat perhatian di peringkat nasional selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd