• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

A&W Sasar Khidmat Penghantaran Rangsang Jualan

oleh Cj Mnh
05/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – A&W (Malaysia) Sdn Bhd, menyasar meningkatkan jualannya antara lima hingga lapan peratus tahun ini bagi setiap cawangan yang menyediakan perkhidmatan penghantaran A&W.

Ketua Operasi A&W, Mohd Hasmadi Zainal berkata, sebagai permulaan pihaknya memperkenalkan perkhidmatan penghantaran di lapan cawangan utama sekitar Lembah Klang dan julung kali bekerjasama dengan penyedia penghantar makanan, honestbee.

Katanya, A&W komited memberi perkhidmatan terbaik untuk pelanggan terutama mereka yang ingin menikmati hidangan A&W tetapi mempunyai kekangan masa mendapatkannya.

“Kami akan mengembangkan perkhidmatan penghantaran A&W ini secara berperingkat ke semua rangkaian A&W di seluruh negara, namun buat masa ini kami memberi tumpuan di lokasi sekitar Lembah Klang.

“Antara cawangan yang dijangka akan menyediakan perkhidmatan penghantaran selepas ini adalah di Sri Petaling, Kajang dan Cyberjaya,” katanya pada majlis pelancaran penghantaran A&W di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pemasaran dan Komunikasi Korporat A&W Malaysia, Norashekin Yusof dan Pengurus Akaun Utama honestbee, Ryan Wan.

Mohd Hasmadi berkata, pihaknya percaya menerusi pengenalan perkhidmatan penghantaran ini, syarikat itu akan mencatatkan peningkatan jualan lebih kurang 5.0 peratus setiap bulan bagi setiap rangkaian yang menyediakan servis berkenaan.

Beliau berkata, lapan cawangan A&W terbabit ialah di Setapak Central, Wangsa Walk, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Sunway Geo, Seksyen 7 Shah Alam dan PJ Palm.

“Bagi setiap penghantaran, caj dikenakan hanya RM4.99 dan bermula 5 September hingga 18 Oktober bagi pelanggan yang membuat tempahan penghantaran akan mendapat air botol RB 600ml secara percuma,” katanya.

Perkhidmatan itu disediakan dari jam 11 pagi hingga 9 malam setiap hari. Orang ramai boleh membuat tempahan perkhidmatan penghantaran A&W dengan log masuk laman honestbee.my atau menerusi aplikasi honestbee kemudian masukkan lokasi dan pilihan makanan, waktu penghantaran serta butiran pelanggan.

Sementara itu, Mohd Hasmadi berkata, pada masa ini A&W mempunyai 43 rangkaian restoran di seluruh negara dan terbaru di Paradigm Mall Johor Bahru.

“Kami merancang untuk membuka lebih banyak rangkaian di lokasi berpotensi pada masa akan datang,” katanya. – BH Online

Tags: A&Wpenghantaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd