• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Youssef Paksa Isteri Tonton Video Lucah, Seks Bertiga?

oleh
05/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FATWA kontroversi bukan isu baru bagi Mufti Qatar kelahiran Mesir, Sheikh Youssef Qaradawi, yang juga tokoh terkenal Jamaah Al-Ikhwanul Muslimin atau bererti Gerakan Persaudaraan Islam.

Malahan organisasi dakwah yang diasaskan oleh ulama tersohor, Hassan al-Banna pada 1928 itu kini dianggap pula sebagai pertubuhan pengganas di kebanyakan negara Arab termasuk di tempat kelahirannya sendiri iaitu di Mesir.

Namun, pendedahan media berbahasa Arab terutama di Arab Saudi turut bongkar kisah lain bukan sekadar fatwa sensasi, bahkan lebih dahsyat daripada hujah ‘panas’ Youssef mengenai isu serangan bunuh diri dan anti-Yahudi.

Terbaharu akhbar paling berpengaruh di Arab Saudi, Al-Riyadh, menyiarkan siri rencana yang dedah zaman muda Youssef dengan keinginan dirinya bukan setakat berkaitan hal ehwal politik tetapi lebih kepada dunia pornografi.

“Mufti ini pernah paksa isterinya tonton video lucah pada malam mereka bernikah,” digunakan sebagai tajuk utama laporan khas surat khabar itu semalam yang dipetik oleh akhbar popular berbahasa Inggeris tempatan, Arab News.

Fakta eksklusif tersebut diperoleh daripada pengakuan bekas isteri Youssef warga Algeria, Asma Qaddah yang dikahwini cendekiawan itu selepas isteri pertamanya, Esaad Abduljawad, jatuh sakit akibat diserang Alzheimer.

Baca: Arab Saudi ‘Haram’ Semua Tulisan Youssef Al-Qaradawi

Pendedahan berkenaan menunjukkan sisi romantik Youssef kerana selain rangsang nafsu isterinya dengan video jimak, beliau tidak akan bersetubuh kecuali Asma, bekas pelajar zaman mudanya itu; ditutup mata terlebih dahulu.

Bukan itu sahaja, akhbar tersebut melaporkan Youssef gemar melakukan perhubungan seks secara bertiga iaitu dengan pembantu rumah mereka sendiri malah ulama berkenaan berhujah bahawa “ia tidak dilarang ajaran Islam.”

Setakat ini tidak jelas bagaimana aksi asmara berjemaah itu dilakukan tetapi pendedahan janda Youssef tersebut tidak disahkan mana-mana pihak berkecuali manakala akhbar berkenaan gagal dapat komen balas mufti berkenaan.

Bagaimanapun, berdasarkan kepada pelbagai ceramah agama atau tazkirah secara santai disampaikan Youssef sejak sekian lama, ada yang jelas menggambarkan keterujaan tokoh tersebut dengan hukum berkaitan hal ehwal seks.

Ini termasuk beliau pernah mengeluarkan fatwa kontroversi yang menyatakan adalah harus bagi lelaki melakukan pelancapan tetapi amalan masturbasi atau onani itu dilarang kepada wanita. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: QaradawiYoussef Al-Qaradawi
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd