• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Pembinaan Biak Nyamuk Aedes Didenda RM40K

oleh Ahmad Albab
05/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat pembinaan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membiarkan pembiakan nyamuk Aedes, tahun lepas.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu ke atas syarikat Ahmad Zaki Sdn Bhd, selepas pengurus keselamatan dan kesihatan syarikat berkenaan Mohamed Rozali Abdul Rahim, 53, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan waran levi dikeluarkan sekiranya syarikat itu gagal membayar denda.

Syarikat tersebut didakwa membiarkan pembiakan serangga pembawa penyakit iaitu larva nyamuk Aedes Aegypti di lopak air di tapak pembinaan Ahmad Zaki Sdn Bhd, Lot 2400, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Bharu, di sini pada 10.50 pagi, 26 Sept 2017.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 13(1) dan dibaca bersama Seksyen 13(2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan dihukum menerusi Seksyen 23(b) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa daripada Pejabat Kesihatan Titiwangsa Shumizan Siron memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran.

“Dalam kes ini ia melibatkan dua kes kematian demam denggi membabitkan pelajar sekolah berusia 11 tahun dan pekerja di tapak bangunan syarikat itu berusia 35 tahun.

“Ini menunjukkan kawasan tapak pembinaan syarikat itu ada pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.

OKS yang tidak diwakili peguam, bagaimanapun memohon hukuman denda minimum dengan alasan pihaknya telah melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tapak pembinaan itu, selain memberi kerjasama baik dengan pihak berkuasa.

Mengikut fakta kes, sepasukan anggota dan pegawai daripada Jabatan Kesihatan Titiwangsa telah membuat pemeriksaan pembiakan serangga pembawa penyakit di tapak pembinaan itu dan hasil pemeriksaan menjumpai pembiakan larva nyamuk jenis Aedes di lopak air di premis berkenaan. – BERNAMA

Tags: nyamuk AedesSyarikat Pembinaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Denda RM500 Biak Aedes Hampir Kecohkan Dewan

02/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pagi ini hampir kecoh apabila Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mendakwa Timbalan Menteri...

Simpang Kuala Lokaliti Baharu Kes Chikungunya

26/06/2019
0

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan lokaliti baharu penyakit chikungunya iaitu di Simpang Kuala di sini dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd