• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Hukuman Sebat Terhadap Lesbian Di Kelantan

oleh Cj Mnh
05/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Hukuman sebat tidak boleh dikenakan terhadap pesalah lesbian di negeri ini seperti yang dilakukan di Terengganu.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh, berkata ini kerana enakmen agama Islam di Kelantan tidak memperuntukkan hukuman sebat ke atas mereka yang disabitkan kesalahan itu.

Katanya, pasangan lesbian hanya boleh dikenakan denda atau penjara jika mereka bersalah melakukan hubungan sejenis.

Bagaimanapun, katanya, sejak 10 tahun lalu belum ada lagi kes lesbian didakwa di negeri ini.

“JAHEAIK tidak menolak kemungkinan terdapat pasangan lesbian di negeri ini tetapi `perbuatan’ atau ‘perhubungan’ itu diadakan secara sembunyi, bukan secara terbuka.

“Golongan ini sudah lama wujud, mereka memilih untuk tidak mendedahkan hubungan kerana bimbang dihidu pihak berkuasa agama negeri. Oleh sebab ini, mereka sukar dikesan pihak berkuasa negeri termasuk JAHEAIK,” katanya kepada NSTP di sini.

Mengikut Seksyen 15, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan No 2 1985, seseorang perempuan yang dengan sengaja melakukan musahakah dengan perempuan yang lain, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi empat bulan atau kedua-duanya.

NSTP difahamkan pihak berkuasa agama Islam negeri ini sudah membuat pindaan terhadap enakmen berkenaan untuk memasukkan hukuman sebat terhadap pesalah lesbian.

Che Mohd Rahim percaya pelbagai pendekatan pro-aktif yang diambil jabatan itu sejak dahulu lagi berjaya membendung gejala lesbian daripada merebak di negeri ini.

Katanya, pendekatan itu termasuk melakukan pemantauan berkala dari masa ke semasa sama ada oleh jabatan itu sendiri atau bersama agensi penguat kuasa yang lain.

Che Mohd Rahim berkata, pemantauan bukan saja kepada golongan lesbian tetapi juga golongan pondan atau `mak nyah’. – BH Online

Tags: disebatlesbian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akta 355 Bakal Dipinda, Hukuman Lebih Berat Untuk LGBT

19/01/2021
0

KOTA BHARU - Kerajaan bercadang untuk meminda Akta 355 bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual...

2 Remaja Aceh Disebat, Berpelukan Di Tempat Awam

02/02/2019
0

DUA remaja di Banda Aceh dihukum sebat pada Khamis setelah ditangkap kerana berpelukan semasa berada di tempat awam. Remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd