• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mourinho Bantu Shaw Masuk Semula Dalam Skuad England

oleh Ahmad Albab
05/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMAIN bek kiri England, Luke Shaw percaya bahawa pengurus Manchester United, Jose Mourinho berhak mengkritiknya.

Shaw berkata pada Selasa, jurulatih dari Portugal itu menjadi kunci utama kepada kemunculan semula dirinya di pentas antarabangsa.

Pemain berusia 23 tahun itu disenaraikan dalam skuad England untuk kali pertama dalam tempoh 18 bulan bagi perlawanan Liga Negara-Negara Uefa menentang Sepanyol pada Sabtu; dan perlawanan persahabatan bertemu Switzerland pada Selasa.

Kembalinya Shaw ke pentas antarabangsa diikuti dengan permulaan yang kuat dalam musim ini.

Shaw bermain setiap minit bagi empat perlawanan pembukaan United selepas dia bergelut untuk masuk ke dalam skuad tersebut pada penggal lalu.

Lebih-lebih lagi apabila Mourinho pernah mengkritik tentang sikap Shaw.

Ketika ditanya mengenai bagaimana dia dilayan oleh pengurus United itu, Shaw berkata: “Saya rasa dia kecewa dengan saya kerana dia tahu saya boleh melakukan lebih baik, apabila saya melihat semula, mungkin dia betul.

“Ia adalah satu tahun yang sukar tetapi ia menjadikan saya lebih kuat daripada segi mental, saya ingin membuktikan kepadanya bahawa saya boleh melakukan apa yang dia katakan saya tidak boleh.

“Saya telah berbual dengan pengurus sebelum musim bermula dan dia mahu saya kekal.

“Saya telah matang, saya berubah daripada seorang budak kepada seorang lelaki dewasa, saya tahu apa yang perlu saya lakukan untuk meningkatkan kemampuan diri saya.

“Saya mahu bermain untuk Manchester United, kekal di sana dan membuktikan nilai saya kepada pasukan,” katanya pada sidang akhbar yang berlangsung Selasa.

Shaw merupakan salah seorang pemain remaja termahal dalam bola sepak antarabangsa ketika dia berpindah ke Old Trafford dari Southampton pada Jun 2014.

Nilai perpindahan itu mencecah 27 juta pound (RM143 juta). Shaw berusia 18 tahun ketika perpindahan itu berlaku. – Reuters/Eurosport/mStar Online

Tags: Jose MourinhoLuke Shaw
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MU ‘Kosongkan’ Pejabat Mourinho 5 Minit Lepas Dipecat

25/12/2018
0

MANCHESTER United tidak buang masa dalam menghilangkan kenangan Jose Mourinho sebagai pengurus apabila mereka 'membersihkan' pejabatnya dalam tempoh lima minit...

Mourinho Kembali Ke Portugal, Tonton Bola Sepak Bersama Anak

24/12/2018
0

SELEPAS dipecat pada Selasa lalu, Jose Mourinho pulang ke rumah keluarganya dekat Azeitao, Portugal. Dia meluangkan masa menyaksikan perlawanan bola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd