• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1.4 Bilion Berisiko Tinggi Tidak Bersenam: WHO

oleh Ahmad Albab
05/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Lebih daripada 1.4 bilion orang dewasa berdepan risiko tinggi menghidap penyakit membawa maut kerana tidak cukup bersenam, kata pengamal perubatan.

Ketika negara-negara yang lebih kaya menikmati gaya hidup yang lebih selesa dan tidak aktif, satu kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata satu pertiga daripada wanita dan satu perempat lelaki di seluruh dunia berada di gerbang ancaman penyakit yang membawa maut seperti masalah penyakit, kencing manis dan kanser melainkan mereka meningkat aktiviti fizikal mereka.

“Aktiviti fizikal yang tidak mencukupi adalah faktor risiko utama untuk penyakit tidak berjangkit, dan mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan mental dan kualiti hidup,” menurut kajian mengenai tahap senaman dunia yang diterbitkan Rabu lalu oleh The Lancet Global Health Journal.

WHO mengesyorkan setiap orang dewasa melakukan sekurang-kurangnya 150 minit senaman ‘tahap sederhana’ seperti jalan laju, berenang atau berbasikal setiap minggu, atau 75 minit aktiviti lebih lasak seperti larian atau sukan berpasukan.

Kajian ini mengesan tahap aktiviti 1.9 juta orang di 168 negara di seluruh dunia pada 2016.

Para penyelidik mendapati tiada peningkatan dalam tahap aktiviti fizikal sejak 2001, walaupun banyak inisiatif kesihatan awam menjelaskan mengenai manfaat bersenam.

Penulis kajian turut mendedahkan beberapa kecenderungan yang membimbangkan, termasuk perbezaan yang ketara dalam kadar latihan antara negara miskin dan kaya, dan antara lelaki dan wanita. – AFP/BH ONLINE

Tags: senamanwho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

19/07/2025
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan...

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

14/12/2024
0

LONDON - Kadar kematian lemas global menurun 38 peratus sejak 2000, namun lebih 7.2 juta orang kebanyakannya kanak-kanak, masih berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd