• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Terbaharu Selesema Burung Di Tuaran Dikesan

oleh
04/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah mengesan kes terbaharu wabak penyakit selesema burung di dua buah kampung di Tuaran.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong berkata dua kawasan itu ialah Kampung Laya-Laya Tuaran dan Estet Kampung Ladang Tenghilan.

“Dua kawasan ini disahkan positif wabak selesema burung sejak 23 Ogos lalu, bagaimanapun hasil pemeriksaan JPV tiada ladang ternakan ayam komersil di kawasan berkenaan.

“Kawasan itu hanya ternakan ayam yang dipelihara oleh penduduk kampung yang terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya berikutan kes berkenaan JPV Sabah telah memulakan aktiviti penghapusan dan pelupusan ayam meliputi satu kilometer dari kawasan jangkitan yang bermula semalam.

Wong berkata antara kawasan yang terlibat ialah Desa Sri Taman Jaya Kampung Laya-Laya, Taman Layar Impian, kawasan perumahan Laya-Laya, ladang buaya dan Kampung Hope.

Selain itu, Tenghilan, Kampung Ladang Estet, Kampung Linsuk, Kampung Kogosingan dan Kampung Tampasak Gamaron.
Beliau turut menasihatkan orang ramai khususnya penduduk di kawasan terlibat agar memberi kerjasama kepada JPV Tuaran dalam usaha menangani wabak berkenaan.

Pada awal Ogos lalu, Tuaran diisytiharkan sebagai kawasan wabak penyakit selesema burung selepas ujian mendapati sebuah ladang di daerah itu merekodkan keputusan positif bagi selesema burung.– BERNAMA

Tags: Selsema Burung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Tak Import Ayam Selsema H5N1

03/02/2020
0

MALAYSIA tidak mengimport haiwan hidup dan produk dari kawasan Shaoyang di wilayah Hunan, China, yang dilaporkan berlakunya wabak selsema burung...

Serangan Virus Selesema Burung Di Hunan, China

02/02/2020
0

HUNAN - China melaporkan penemuan kes selesema burung di sebuah ladang di bandar Shaoyang, dalam wilayah Hunan. Kementerian Pertanian dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd