• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Rakan Didakwa Miliki, Cetak Wang Kertas Palsu RM100

oleh Cj Mnh
04/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang wanita dan rakan lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memiliki dan membuat wang kertas palsu RM100 di Pokok Sena, bulan lepas.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, Intan Zaleha Mohd. Zaki, 24, dan Ahmad Helmi Osman, 26, dibuat setelah pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim Juraidah Abbas.

Mengikut pertuduhan pertama yang dibacakan secara berasingan itu, kedua-dua tertuduh secara bersama didakwa memiliki enam keping wang kertas palsu RM100 di sebuah rumah di Nombor 23 Kampung Budi Mukim Lesong di Pokok Sena pada pukul 3 petang pada 5 Ogos lepas.

Pendakwaan dilakukan oleh Rehab Abdul Shukur mengikut Seksyen 489(C) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Sementara bagi pertuduhan kedua pula, kedua-dua tertuduh didakwa membuat dan memiliki peralatan berupa mesin pencetak, komputer riba dan pisau pemotong untuk pemalsuan wang berkenaan di lokasi dan masa yang sama.

Pendakwaan ke atas pertuduhan itu mengikut Seksyen 489(D) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan penjara.

Dalam pada itu Ahmad Helmi turut menghadapi pertuduhan memiliki tiga keping wang kertas palsu RM100 pada masa dan lokasi sama.

Ahmad Helmi turut mengakui tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut yang juga dikendali Rebab mengikut Seksyen 489 (C) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Juraidah kemudian membenarkan kedua-dua diikat jamin sebanyak RM8,000 setiap seorang bagi dua pertuduhan berkenaan.

Sementara bagi pertuduhan ketiga yang dihadapi Ahmad Helmi pula hakim menetapkan jaminan sebanyak RM4,000.

Juraidah menetapkan 4 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE

Tags: cetak wang palsurakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

10/08/2025
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan menyifatkan keterangan diberi penyanyi dikir barat moden yang popular dengan lagu 'Bae Sobar Bae', Eda Ezrin...

Lelaki OKU Kudung Tangan, Rakan Dituduh Lakukan Rompakan Berkumpulan

Lelaki OKU Kudung Tangan, Rakan Dituduh Lakukan Rompakan Berkumpulan

30/12/2024
0

BUTTERWORTH - Seorang lelaki yang berstatus orang kurang upaya (OKU) bersama rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd