• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan Seludup Keluar Baju Bundle Guna Jalan Gajah Digagalkan

oleh Cj Mnh
04/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Anggota Batalion 11 (BN11) Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 120 guni baju bundle bernilai RM50,000 menggunakan lori menerusi ‘jalan gajah’ di Kampung Stass di Bau, petang semalam.

Pegawai Pemerintah BN11 PGA Supt Rosdi Inai berkata cubaan pada 4 petang itu digagalkan pasukan diketuai ASP Mohd Mazlan Mohd Ariff bersama lima anggota serta tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Bertindak hasil maklumat risikan, pasukan itu telah ke lokasi dikenali sebagai Jalan Rahman, di dalam sebuah ladang sawit persendirian kira-kira 200 meter dari sempadan. Pasukan tersebut telah terserempak dengan dua lori bersama dua pemandu dan seorang kelindan warga tempatan berumur antara 20 dan 40 tahun.

“Kedua-dua lori itu masing-masing membawa 60 guni baju bundle, ketiga-tiga lelaki tersebut pula gagal menunjukkan sebarang dokumen pelepasan kastam untuk tujuan membawa keluar barangan terlibat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki itu ditahan sementara menantikan permohonan reman hari ini manakala semua barangan rampasan yang dianggarkan bernilai RM190,000 akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Rosdi menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan mencurigakan di kawasan mereka bagi memudahkan anggotanya melakukan siasatan. – BERNAMA

Tags: baju bundleseludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd