• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makanan Laut Dikecualikan SST – Lim Guan Eng

oleh
03/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Makanan laut dalam kategori krustasia dan moluska dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata bahan mentah daripada kedua-dua kategori itu termasuklah udang, udang kara, sotong, tiram, kerang, kepah dan abalone.

Katanya, pengecualian itu dibuat susulan aduan orang ramai mengenai hasil laut seperti udang, ketam dan kerang dikenakan SST pada kadar 10 peratus.

“Barangan ini dikenakan SST pada kadar 10 peratus kerana dilonggokkan (dikategorikan) bersama makanan mewah seperti abalone,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Lim berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk melaksanakan segera pengecualian SST terhadap makanan laut tersebut.

Menurutnya, walaupun pengecualian tersebut turut merangkumi makanan mewah seperti abalone, namun semakan akan dibuat dari semasa ke semasa sehingga hujung tahun ini.

“Kita akan melihat sama ada akan mengeluarkan atau mengenakan SST kepada abalone dan lain-lain. Buat masa ini kita lakukan sekali gus sahaja (mengecualikan semua produk di bawah kategori itu),”katanya.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Paddy Abdul Halim berkata satu pewartaan telah dikeluarkan berhubung Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018 dan Perintah Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualikan Daripada Cukai) 2018.

Katanya ‘Guide on Proposed Sales Tax Rate for Various Goods’ (Panduan Cadangan Kadar Cukai Jualan bagi Pelbagai Barangan) yang dimuat naik di laman web mysst.customs.gov.my itu menyenaraikan 3,564 barangan untuk rujukan pengguna dan pihak industri.

“Bagaimanapun, senarai ini bukan senarai penuh kepada barang-barang yang dikenakan atau dikecualikan SST. Panduan ini merangkumi sebilangan barang-barang kepenggunaan,” katanya.

Paddy berkata panduan itu dikemas kini dari semasa ke semasa dan akan digantikan dengan ‘Guide on Sales Tax Rate for Various Goods’ (Panduan Kadar Cukai Jualan bagi Pelbagai Barangan) berdasarkan kepada perwartaan perintah dan perundangan yang berkuatkuasa.

Sementara itu mengenai isu ikan masin, beliau mengakui JKDM telah terlepas pandang kerana tidak mengecualikan ikan masin daripada dikenakan SST 10 peratus seperti diarahkan Lim.

“JKDM meminta maaf atas kesilapan ini dan akan mengeluarkan arahan pengecualian seperti yang diarahkan dengan segera. Peniaga diminta tidak mengutip SST untuk ikan masin,” katanya.

Paddy berkata orang awam boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Panggilan Kastam (CCC) di talian 1-300-888-500 atau menerusi emel di [email protected] atau di mana-mana pejabat kastam berdekatan. – BERNAMA

Tags: cukai SSTLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

26/06/2026
0

BUTTERWORTH - Program promosi besar-besaran jualan daging babi sempena Pesta Duanwu akan terus dianjurkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang membeli...

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd