• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Hasutan: Mahkamah Tolak Permohonan Peguam Agar Rayuan Didengar

oleh
03/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan seorang peguam supaya kes rayuannya diteruskan sungguhpun pertuduhan hasutan terhadapnya telah ditarik balik.

Hakim Datuk Dr Badariah Sahamid, yang mempengerusikan panel tiga hakim, dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan itu selepas memutuskan bahawa sebarang keputusan berkaitan perkara itu adalah bersifat akademik kerana pertuduhan terhadap N. Surendran telahpun ditarik balik.

Beliau berkata pertuduhan terhadap Surendran ditarik balik pada 27 Ogos tahun ini, dan beliau telahpun dilepaskan dan dibebaskan.

“Kami berpendapat sebarang keputusan berkaitan kes ini adalah bersifat akademik,” kata Dr Badariah yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Hakim Datuk Harmindar Singh Dhaliwal.

Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar memberitahu mahkamah pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan hasutan terhadap Surendran pada 27 Ogos tahun lepas dan Mahkamah Sesyen telah membebaskan serta melepaskan Surendran.

​​​​​​​​​​​​​Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa beliau diminta oleh peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, yang mewakili Surendran, supaya mengendalikan kes ini oleh sebab Dr Gurdial kini berada di luar negara.

Beliau berkata Dr Gurdial mahu berhujah sendiri kepada mahkamah kerana beliau berpendapat ada isu penting pada masa kini untuk dibangkitkan.

Sri Ram memohon mahkamah supaya tidak menolak rayuan itu, sebaliknya mendengar kes berkenaan, dan menambah bahawa penarikan balik pertuduhan tidak sepatutnya menghalang kes itu daripada dibicarakan.

Terdahulu, peguam Latheefa Koya yang juga mewakili Surendran, memohon mahkamah supaya mengeluarkan perintah untuk mengisytiharkan pertuduhan itu adalah salah kerana seksyen yang diguna pakai untuk mendakwa anak guamnya telah dimansuhkan.

Beliau berkata sungguhpun mahkamah membebaskan Surendran, kes itu tidak bersifat akademik kerana ia membabitkan kepentingan awam berikutan pertuduhan yang dikenakan adalah campur tangan dalam tugas seorang peguam, dan pihak pendakwaan meneruskan kes itu sungguhpun bukan lagi menjadi kesalahan untuk mengkritik pentadbiran kehakiman selepas Akta Hasutan dipinda pada 2015.

​​​​​​​​​​​​​​Surendran ialah seorang daripada peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat kedua.

​​​​​​​​​​​​​​Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan berkaitan kes liwat kedua Anwar di Istana Kehakiman di Putrajaya antara 2 petang dan 4 petang pada 8 Ogos 2014.

​​​​​​​Kenyataan itu didakwa dirakam ke dalam video dan dimuat naik ke YouTube.

Surendran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan itu.- BERNAMA

Tags: Kes Hasutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Hasutan: Mahkamah Perintah Papagomo Tidak Keluar Kenyataan

Kes Hasutan: Mahkamah Perintah Papagomo Tidak Keluar Kenyataan

27/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memerintahkan blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, untuk tidak...

Hukuman Penjara 8 Bulan Terhadap Fakhrulrazi Kekal

27/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara lapan bulan terhadap bekas Bendahari Dewan Pemuda PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd