• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengusaha Bauksit Mahu Kerajaan Tarik Balik Moratorium

oleh
03/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pengusaha bauksit di negeri ini berharap kerajaan dapat menarik balik moratorium bagi perlombongan mineral itu yang dikenakan sejak 2016 pada penghujung tahun ini.

Penasihat Persatuan Pengusaha Mineral Negeri Pahang (PPMNP) Datuk Seri Abdul Rahim Abdul berkata sebanyak 20 pelombong berdaftar di bawah PPMNP berharap kerajaan dapat menimbang perkara itu memandangkan banyak pihak yang terlibat dalam industri berkenaan terpaksa menanggung kerugian.

“Kita merasakan moratorium ini perlu ditarik balik kerana industri perlombongan ini amat bermakna bagi kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dari segi kutipan cukai.

“Dalam tempoh hampir tiga tahun moratorium ini dikenakan, kerajaan negeri telah mengalami kerugian dari segi kutipan royalti sebanyak RM8 bagi satu tan bauksit,” kata Abdul Rahim yang juga Pengarah LLT Group (Malaysia) Sdn Bhd.

Beliau ditemui pada Majlis Lawatan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ke kawasan pusat pengumpulan Wangsa Makmur Corporation (M) Sdn. Bhd. dan perasmian Makmal Geolab (M) Sdn. Bhd. di Gebeng, di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas , Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi negeri Pahang Datuk Seri Norul Azali Sulaiman.

Abdul Rahim berkata pembatalan moratorium ini juga dapat mewujudkan situasi menang-menang bagi pihak pelombong, orang ramai, kerajaan negeri dan juga kerajaan pusat.

“Jika perlombongan bahan mineral ini tidak diteruskan, banyak pihak akan mengalami kerugian termasuklah pihak pelombong iaitu dari segi peralatan yang dibeli terbengkalai begitu sahaja.

“Bagi syarikat LLT sahaja, kami telah mengalami kerugian sebanyak RM20 juta dalam tempoh pemberhentian aktiviti perlombongan ini. Kerugian ini tidak termasuk 20 syarikat lain di bawah PPMNP,” katanya.

Sementara itu, pusat pengumpulan bahan mineral di bawah kendalian LLT yang dibangunkan di atas tanah berkeluasan 8.94 hektar dapat memuatkan simpanan bahan mineral sebanyak 2 juta tan pada satu masa.

“Tapak simpanan ini juga akan diperluasn menjadi 22.26 hektar bagi menampung semua bahan mineral yang dilombong untuk disimpan di sini terlebih dahulu sebelum dihantar ke pelabuhan.

“Ini merupakan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan bagi memastikan perlombongan bauksit dapat dijalankan semula di sini dan meminimakan pencemaran yang berlaku.

“Apabila semua pelombong menghantar bauksit ke pusat ini sebelum dihantar ke pelabuhan, saya yakin ia dapat mengurangkan pencemaran walaupun tidak 100 peratus,” katanya. – BERNAMA

Tags: bauksit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd