• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengguguran Kes Guan Eng Yang Mengejutkan

oleh Haris
03/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK mula Lim Guan Eng dilantik sebagai menteri dalam Kabinet kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-14, sudah timbul banyak tanda tanya berhubung kes banglo beliau.

Isu ini sangat mencolok mata orang ramai, bukan sahaja di kalangan pengamal undang-undang tetapi juga rakyat yang sedikit celik dalam hal undang-undang dan kaitannya dengan politik.

Sukar diterima apabila seorang yang kesnya masih berjalan di mahkamah dilantik sebagai menteri sebelum dibersihkan dengan didapati tidak bersalah.

Lebih mengejutkan lagi apabila hari ini kesnya digugurkan oleh pihak peguam negara yang dilihat mempunyai konflik kepentingan dalam hal ini.

Pengguguran kes terhadap Guan Eng ini menimbulkan tanda tanya tentang janji “rule of law” yang ditegaskan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selepas kecoh kononnya Tommy Thomas dilantik sebagai peguam negara kerana kepakaran dalam kes 1MDB, akhirnya keputusan terbesar pejabatnya ialah membebaskan Guan Eng.

Apa yang berlaku ini menunjukkan satu kegagalan Pakatan Harapan apabila ia tidak melaksanakan apa yang sering mereka laungkan selama ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri melahirkan rasa terkejut dengan apa yang berlaku.

“SPRM amat terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini yang membebaskan Lim daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot banglo dan tuduhan bersubahat dihadapi ahli perniagaan, Phang Li Koon selepas pihak pendakwaan menarik balik kes itu,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz dalam hal ini sangat tepat menyentuh peranan SPRM dan peguam negara.

“Di dalam kenyataan media yang sama, SPRM juga menegaskan bahawa keputusan Peguam Negara menarik balik kes tersebut telah diputuskan oleh Peguam Negara sendiri dan bukannya daripada SPRM.

“SPRM buat pertama kalinya dalam sejarah negara mengeluarkan kenyataan media sedemikian yang menunjukan konflik antara SPRM dan Peguam Negara. Kenyataan ini berbaur penyalahgunaan kuasa oleh Peguam Negara, Tommy Thomas dalam menggugurkan pertuduhan terhadap Lim Guan Eng,” kata Mohd Khairul Azam.

Ini bermakna keputusan menggugurkan pertuduhan itu bukan sekadar mencetuskan reaksi pihak musuh politik tetapi jauh lebih ramai pihak.

Retorik pihak Pakatan Harapan yang suka diulang-ulang sejak dulu ialah “keadilan mesti dilaksanakan, dan mesti dilihat dilaksanakan.”

Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin DAP sendiri setiap kali pemimpin Barisan Nasional dituduh terlibat kesalahan atau konflik kepentingan, mereka tidak pernah lupa menuntut pemimpin terbabit bercuti atau meletak jawatan.

Dalam kes banglo Guan Eng ini, konflik kepentingan amat jelas dan sejak bermula kes, beliau sudah dituntut agar bercuti atau mengundurkan diri.

Malangnya, bertentangan dengan retorik keadilan dan kedaulatan undang-undang mereka selama ini, Guan Eng terus dipertahankan sejak mula lagi.

Guan Eng kini boleh mendakwa dirinya bersih dan pendakwaan dibuat atas dasar politik oleh kerajaan terdahulu.

Selain penipuan janji-janji manifesto, pengguguran pertuduhan terhadap Guan Eng ini satu lagi peristiwa dalam “Malaysia baharu” yang mengecewakan rakyat. – Mynewshub.tv

Tags: Lim Guan Engpakatan harapanTommy Thomas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

13/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor membantah penambahan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan, sebaliknya mencadangkan Suruhanjaya Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd