• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ditetak Ketika Sedang Tidur

oleh Cj Mnh
03/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIGA lelaki yang sedang tidur, parah ditetak empat lelaki di rumah tidak bernombor di Kampung Jeranggau, Gual Ipoh, Tanah Merah, Rabu lalu.

Dalam kejadian 5 pagi itu, semua lelaki berusia antara 20 hingga 33 tahun diserang dengan menggunakan senjata tajam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Azmi Mohktar berkata, seorang daripada mangsa berusia 20 tahun parah di kepala dan hampir putus pergelangan tangan kiri, manakala dua rakannya masing-masing parah di tangan serta kaki kanan.

“Siasatan awal polis mendapati kejadian itu berlaku berpunca masalah hutang serta perselisihan faham yang membabitkan adik kepada seorang mangsa berkenaan.

“Mangsa parah dibawa ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk menerima rawatan kecemasan sebelum dimaklumkan mengenai kejadian itu kepada polis

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah serta menggunakan senjata tajam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di sini, hari ini.

Menurutnya, polis kini sedang memburu lelaki dikenali sebagai Amran Awang, 45, yang dikehendaki untuk membantu melengkapkan siasatan berhubung kejadian itu.

“Kita percaya, Amran masih bersembunyi di negeri ini. Dia boleh datang dan berjumpa dengan pegawai penyiasat di IPD Tanah Merah atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat terkini jika dapat mengesan kedudukan Amran bagi membantu siasatan itu,” katanya. – MyMetro.com

Tags: ditetaktidur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Ikrar Bawa Tanglung Rupanya Seludup Rokok, Arak Bernilai RM9 Juta

Remaja Tidur Di Hotel 6 Hari, Sebelum Berjaya Larikan Diri

18/01/2024
0

Hulu Selangor: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang dari surau perumahan Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd