• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasanah Bebas Reman

oleh Cj Mnh
03/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid yang direman berhubung kes salah guna wang peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan wanita itu dibebaskan dan mengarahkan pasportnya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hasanah, 61, sebelum ini direman enam hari sejak 29 Ogos lalu mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Pada masa sama, peguam mewakili Hasanah, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz ketika ditemui memaklumkan, SPRM mencadangkan wang jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin sebagai syarat dibebaskan daripada reman.

Katanya, namun pihaknya membantah perkara itu kerana tiada alasan kukuh untuk SPRM berbuat demikian.

“Pihak SPRM gagal menyakinkan mahkamah, justeru itu mahkamah menolak permohonan deposit jaminan yang dikemukakan,” katanya.

Suspek berkenaan ditahan SPRM kerana disyaki turut terlibat bersama tujuh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) termasuk bekas timbalan ke­tua pengarah bergelar Datuk kerana didakwa menyalahgunakan wang tersebut yang di­simpan di Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri untuk tujuan peribadi.

Sehingga kini sebanyak sembilan individu yang terdiri daripada Hasanah, tujuh PTD dan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk telah ditahan reman membabitkan kes tersebut.

Bagaimanapun ketujuh-tujuh PTD itu yang juga direman selama lima hari sejak 28 Ogos lalu telah dibebaskan 1 September lalu manakala tempoh reman ahli perniagaan berkenaan dijangka berakhir pada Rabu ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki sebelum ini memaklumkan wang tunai AS$12 juta (RM49.5 juta) yang dibawa masuk dari luar negara kira-kira tiga bulan lalu telah diseleweng oleh pihak tertentu.

Menurut beliau, hasil pe­meriksaan di beberapa lokasi termasuk sebuah kondomi­nium di Cyberjaya, SPRM ber­jaya merampas wang tunai AS$6.4 juta (RM26.4 juta) dan wang tunai RM980,000 sekali gus menjadikan jumlah ke­seluruhan adalah RM27.6 juta serta beberapa jam ta­ngan jenama Rolex dan sebuah komputer riba dipercayai dibeli menggunakan wang itu.

Pihak terlibat dipercayai menggunakan sebahagian duit itu dan SPRM masih mengesan baki wang iaitu AS$5 juta (RM20.5 juta). – UTUSAN ONLINE

Tags: bebasKP MEIO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yasin Dibebaskan Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan. Diperintah Kembali Ke Hospital Bahagia

Yasin Dibebaskan Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan. Diperintah Kembali Ke Hospital Bahagia

28/04/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan komposer dan penyanyi Yasin Sulaiman serta memerintahkannya kembali ditempatkan di Hospital Bahagia...

Najib, Irwan Serigar Lepas Tanpa Bebas Kes Pecah Amanah RM6.6 Bilion

Najib, Irwan Serigar Lepas Tanpa Bebas Kes Pecah Amanah RM6.6 Bilion

27/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd