• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haziq Hot FM Terkejar-Kejar Isteri Bersalin Awal Seminggu

oleh Ahmad Albab
03/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYAMPAI radio Hot FM, Haziq berkata dia berdepan cabaran apabila isterinya iaitu Ayunda Putri, 26, melahirkan anak kedua mereka seminggu lebih awal daripada jangkaan doktor.

Menurut Haziq, 28, Putri dijangka melahirkan bayi mereka pada 7 September depan, namun doktor menyarankan pembedahan dilakukan pada Khamis lalu.

“Ikutkan bayi kami lahir 7 September tapi nampaknya dia tak sabar nak keluar awal, semasa itu kami ke hospital untuk buat pemeriksaan terakhir tapi doktor sarankan pembedahan dibuat segera atas faktor kesihatan.

“Jadi terkejar-kejarlah saya, sebab masih bekerja dan dalam masa sama perlu ke hospital serta uruskan anak pertama di rumah.

Cahaya mata kedua Haziq dilahirkan awal daripada jangkaan.

“Ahamdulillah semuanya dipermudahkan dan syukur ibu dan bayi selamat. Memang penat tapi saya seronok melalui pengalaman ini!,” katanya kepada mStar Online.

Putri melahirkan bayi perempuan secara pembedahan dengan berat 2.85 kilogram pada pukul 5.30 petang.

Sementara itu, Haziq berkata bayinya itu masih belum mempunyai nama.

Haziq bersama isteri, Ayunda Putri dan anak sulung mereka, Nufael Heidy.

“Nama belum ada lagi, kami tak sempat nak fikir tentang nama, baby dah keluar dulu.

“Sekarang ini saya dan isteri sedang cari nama-nama yang indah dan kami akan gabungkan nanti,” katanya yang mengakui tidak kekok menguruskan cahaya mata kedua ini.

Haziq dan Putri mendirikan rumah tangga pada 15 Julai 2016 selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Mereka dikurniakan anak lelaki pertama bernama Nufael Heidy yang sudah berusia setahun pada 8 April tahun lalu. – mStar Online

Tags: Haziqhot fm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sah KJ Jadi DJ Hot FM

Sah KJ Jadi DJ Hot FM

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Media Prima Audio (MPA) hari ini mengesahkan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan bertugas sebagai penyampai di...

‘Ia Rezeki Ketika Saya Diuji’

11/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Di sebalik dugaan yang sedang dilaluinya, Haziq Hussni bersyukur Allah menghadirkan kegembiraan apabila memenangi trofi Penyampai Radio...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd