• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

oleh Ahmad Albab
03/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan pengukuhan mata wang berkenaan di tengah-tengah peningkatan dalam ketegangan perdagangan.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1180/1230 berbanding dolar US daripada 4.1080/1110 pada penutup Khamis lalu.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidik Pasaran FXTM Global, Jameel Ahmad, berkata terdapat keyakinan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan mengumumkan perjanjian baharu dengan Kanada dan Kesatuan Eropah minggu ini yang mana akan menyediakan galakkan terhadap kebimbangan bahawa Presiden Donald Trump tidak bercadang memulakan perang perdagangan global.

“Bagaimana dolar US bertindak terhadap perkembangan perdagangan adalah penting terhadap sebarang perkembagan pada masa depan terhadap ringgit,” katanya kepada Bernama.

Tambahnya, adalah juga penting untuk memantau perkembangan yang berterusan lira Turki, memandangkan mata wang berkenaan berisiko untuk memasuki krisis fasa baharu.

“Jika lira dijual pada kadar sama seperti apa yang berlaku pada awal Ogos, ini akan menyebabkan pelabur utama menjauhkan diri daripada pasaran mata wang baharu muncul, sekali lagi.

“Ini bermakna bahawa ringgit akan sekali lagi menghadapi kejatuhan daripada sentimen pelabur pasaran baharu muncul,” kata Jameel.

Pasaran ditutup pada Jumaat sempena cuti am Hari Kebangsaan.

Ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang.

Ia susut berbanding pound British kepada 5.3209/3290 daripada 5.3462/3525 Khamis lalu, susut berbanding euro kepada 4.7740/7814 daripada 4.8055/8099 dan susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9991/3.0036 daripada 3.0073/1100.

Ringgit juga rendah berbanding yen pada 3.7099/7154 from 3.6820/6863. – BERNAMA

Tags: dolar USRinggit Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd