• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Campur Tangan Hakim: Tindakan Lanjut Selepas Selesai Siasatan Dalaman

oleh
01/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata tindakan selanjutnya berhubung dakwaan campur tangan hakim kanan dalam dua kes berprofil tinggi di bawah pentadbiran kerajaan sebelum ini, hanya akan diambil sebaik sahaja selesai siasatan dalaman oleh Pejabat Ketua Hakim Negara.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Liew, yang bertanggungjawab dalam undang-undang, berkata demikian ketika merujuk kepada dakwaan campur tangan oleh hakim kanan dalam penukaran agama satu pihak anak-anak M.Indira Gandhi dan kes hasutan bekas anggota parlimen, mendiang Karpal Singh.

Semalam, Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum dilaporkan berkata beliau mengambil maklum tentang dakwaan itu, dan siasatan dalaman sedang dijalankan selepas kenyataan media berkaitan kedua-dua kes itu dikeluarkan.

Awal bulan ini, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer mendakwa beliau ditegur oleh seorang hakim kanan kerana menulis penghakiman menentang, dua tahun lepas dalam kes penukaran agama satu pihak anak-anak Indira.

Antara lain, Hamid menulis penukaran agama kanak-kanak berkenaan tidak sah disebabkan kebenaran daripada ibu mereka tidak diperoleh.

Beliau seterusnya mendakwa akibatnya, beliau tidak lagi ditugaskan untuk mendengar kes membabitkan kepentingan awam dan kes yang mempunyai kaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Insiden kedua berbangkit selepas Sangeet Kaur Deo, anak perempuan Karpal, membuat laporan polis berikutan catatan di laman sosial Facebook oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mendakwa terdapat campur tangan seorang hakim kanan dalam keputusan rayuan kes hasutan bekas pemimpin kanan DAP itu pada 2016. – BERNAMA

Tags: Liew Vui Keong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vui Keong Masih Tak Sedarkan Diri

30/09/2020
0

SANDAKAN - "Mohon sama-sama doakan Ahli Parlimen Batu Sapi," kata Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Jaujan Sambakong. Ia...

Jawatankuasa Khas Telah Bentang Hasil Kajian Hukuman Mati

12/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Khas bagi Mengkaji Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori telah membentangkan hasil kajian mereka yang mengandungi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd