• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Negeri Cadang Hentikan Permit Pusat Hiburan Keluarga

oleh Ahmad Albab
11/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan negeri bercadang untuk tidak mengeluarkan lagi permit atau lesen pusat hiburan keluarga kerana hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan pemilik permit menyalahgunakan lesen tersebut dengan menawarkan aktiviti judi siber haram.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bagi permit pusat hiburan keluarga yang akan tamat tempoh juga tidak akan diperbaharui.

“Saya akan bawa perkara ini ke Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan selepas itu jika dipersetujui atau diluluskan di sana, akan kita bawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.

“Kita telah ambil keputusan dan kita akan menguatkuasakan perkara ini dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini pada Rabu.

Mohamad berkata pihak berkuasa termasuk pihak polis dan pihak berkuasa tempatan akan sentiasa memantau kegiatan judi siber agar ia tidak bercambah semula.

“Kita mahu supaya ini tidak dijadikan sebagai kerja bermusim, ia perlu diteruskan dan pemantauan serta kegiatan menyerbu pusat-pusat hiburan yang ada kegiatan judi siber haram ini perlu diteruskan sebagai kerja rutin kita,” katanya. – BERNAMA

Video: Pesanan YAB Datuk Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hasan

Tags: hiburanNegeri Sembilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jalaluddin Alias Hadir Istiadat Angkat Sumpah 10 EXCO Negeri Sembilan

Jalaluddin Alias Hadir Istiadat Angkat Sumpah 10 EXCO Negeri Sembilan

07/08/2026
0

KUALA PILAH – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias hadir menyaksikan Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah...

BERSIH Muncul Kritik Jawatan Timbalan Exco Negeri Sembilan

BERSIH Muncul Kritik Jawatan Timbalan Exco Negeri Sembilan

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kembali menjadi perhatian apabila muncul mempersoalkan cadangan mewujudkan jawatan Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd