• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Tumpuan Pembangunan Luar Bandar – Abang Johari

oleh
01/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan negeri memberikan tumpuan kepada Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) seperti yang dirancangkan sebelum ini agar rakyat dapat menikmati perubahan yang positif dari segi infrastruktur asas.

Tumpuan utama kerajaan negeri pada ketika ini adalah untuk mengatasi masalah bekalan air bersih di kawasan luar bandar.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri telah peruntukkan sebanyak RM5 juta setahun untuk Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) di setiap kawasan.

“Adalah menjadi teras kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan luar bandar agar penduduk luar bandar dapat manfaatnya.

“Oleh itu wakil rakyat di setiap kawasan haruslah memastikan setiap projek yang telah diluluskan dan dilaksana berjalan dengan lancar,”katanya.

Beliau yang juga Pengerusi PBB berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Bumiputera Bersatu (PBB) di sini hari.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai projek Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Abang Johari berkata projek tersebut ditangguh buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada projek pembangunan luar bandar.

“Saya tidak menafikan projek LRT ditangguhkan, cuma peruntukkan yang sedia ada disalurkan untuk pembangunan luar bandar dahulu. Apabila semua projek luar bandar telah dilaksanakan sepenuhnya, kerajaan negeri akan meneruskan projek LRT seperti yang dirancang sebelum ini,”katanya.

Projek LRT yang dirancang sebelum ini menghubungkan bahagian Kuching, Samarahan dan Serian bagi menambah baikan sistem pengangkutan awam disamping menangani kesesakan trafik di ketiga-tiga bahagian tersebut. – BERNAMA

Tags: Abang Johari Tun Openg
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tidak Perlu Terburu-buru Bentuk Kabinet Negeri’

19/12/2021
0

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri. Malah,...

Jangan Takut Ambil Vaksin Covid-19 – Abang Johari

26/02/2021
0

PETRA JAYA - "Semua okay, tiada rasa apa-apa. Janganlah takut ambil vaksin," itu kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd